"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja sambilan hotel hilang lepas pulang kerja Selasa lalu

AZMI NORDIN
Muhammad Syakir yang dilaporkan hilang sejak malam Selasa lalu.
KUALA LUMPUR – Pekerja sambilan sebuah hotel di Kuala Lumpur dilaporkan hilang selepas pulang dari tempat kerjanya, Selasa lalu.

Abangnya, Hanafiah Roslan, 31 , berkata, kali terakhir adik lelakinya, Muhammad Syakir Roslan, 29, dilihat adalah sekitar pukul 9 malam menaiki motosikal jenis Honda RS untuk pulang ke rumah.

“Pagi hari kejadian, adik saya yang menetap di kawasan Pantai Dalam keluar rumah pukul 8 pagi untuk pergi ke tempat kerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Tamat sahaja kerja, kawan dia juga ada nampak adik saya naik motor untuk pulang ke rumah malam tersebut. Tapi sampai ke hari ini dia tidak masuk kerja dan tidak pulang ke rumah.

“Sejak dari itu, kami memang puas mencari Syakir di serata tempat dengan bantuan kawan-kawan dia juga. Tapi masih juga tidak jumpa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Tambah Hanafi, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Pantai Dalam susulan kehilangan bapa kepada dua orang anak yang berusia 2 tahun dan enam bulan itu.

Katanya, Syakir merupakan seorang pendiam dan jarang menceritakan pada orang ramai sekiranya ada masalah.

“Apa yang saya tahu dia tidak terlibat dengan pinjaman ahlong atau ada masalah kesihatan mental serta pergaduhan. Emosi isteri dia juga tidak stabil sekarang dengan apa yang terjadi ini.

“Ini kali pertama dia menghilangkan diri tanpa tinggalkan pesanan lebih 24 jam dan saya amat bimbangkan keselamatannya di luar sana ditambah pula isterinya baru lepas melahirkan anak beberapa bulan lalu,” katanya

Katanya, kali terakhir Syakir dilihat memakai baju warna hitam dengan tertera nama sebuah hotel.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Syakir harap dapat memaklumkan kepada pihak polis di balai polis berhampiran untuk tindakan seterusnya,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: