"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Kelantan tarik balik darjah kebesaran Mohammad Agus

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Warta bertarikh 28 Disember yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011
Warta bertarikh 28 Disember yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ditarik balik berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Menerusi warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

"Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

"Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu," katanya menerusi warta berkenaan.

BH masih mengusahakan maklum balas daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Tiada ulasan: