"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ‘kantoi’ curang jatuh balkoni hotel

KOSMO
Polis menjalankan siasatan sama ada Priya terjatuh dari balkoni atau dia ditolak oleh seseorang. – Pexels
NEW DELHI –  Seorang isteri di India terjatuh dari balkoni sebuah hotel selepas ditangkap berlaku  curang bersama kekasih gelapnya oleh si suami, lapor laman berita Free Press Journal.

Dalam insiden pada 10 Januari lalu, wanita dikenali sebagai Priya (nama samaran) itu dikatakan sedang berdua-duaan dengan  Raj (nama samaran) di Hotel Royal, bandar Ahmedabad.

Suami Priya, Rahul (nama samaran) dan isteri Raj, Jiya (juga nama samaran) bersama seorang saudara perempuannya pergi ke hotel tersebut selepas mendapat tahu kecurangan pasangan terbabit.

Sejurus tiba di hotel, pergaduhan tercetus antara mereka yang membawa kepada  pergelutan.

Priya yang ketika itu cuba melarikan diri, terjatuh dari balkoni tingkat dua hotel tersebut, menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital.

Berdasarkan aduan yang diterima daripada Jiya, polis membuka kertas siasatan terhadap  Priya dan Raj.

Pihak berkuasa juga sedang menyiasat sama ada Priya terjatuh dari balkoni atau dia ditolak oleh seseorang. – AGENSI 

Tiada ulasan: