HishamAhmad
Inilah luahan seseorang kepada aku. Betapa Syiah telah merampas saudaranya yang sangat dikasihinya. Mungkin buat selama-lamanya.
Inilah secebis dari kisah benar.
Hasil kefahaman aku akan kisahnya, ku coretkan di sini seolah-olah melalui penceritaannya.
Aku mempunyai empat saudara lelaki, dua orang abang dan dua orang adik. Aku dan mereka sudah mempunyai keluarga sendiri. Hubungan kami tidaklah banyak berbeza, seperti keluarga orang lain juga. Pada kelazimannya, baik dan mesra. Namun sekali sekali, ‘disulami’ dengan sedikit selisih faham atau perkara yang mengecilkan hati, tetapi ia tidaklah lama. Apa yang keruh tidak begitu mengambil masa untuk menjernih semula.
Antara keempat--empat mereka, adikku yang seorang ini mempunyai sikap yang sukar ditandingi oleh sesiapa. Tidak juga oleh saudara-saudara lelaki yang lain, sekalipun yang lain-lain mempunyai kelebihan tersendiri.
Selain daripada kebaikan-kelebihan yang biasa ada pada lelaki-lelaki baik yang lain, dia seorang yang serba ringkas dalam penampilan. Bersederhana.
Baiklah, itu mungkin masih sifat baik yang biasa.
Istimewanya, dia seorang yang bersifat memudahkan dan segera dalam memberi pertolongan.
Bersifat memudahkan? Segala yang berkaitan dengan sakit, susah, perselisihan sesame manusia, dipandang dan ditangani secara mudah kerana baginya, itu sekadar masalah-masalah biasa, kecil pada ujian dunia. Sedangkan aku sedari cabaran bagi dirinya, tidaklah ringan juga. Dia sentiasa menjauhi sengketa, tidak suka kepada umpat keji dan kata nista. Apabila orang mengadu rasa sakit hati dengan sikap orang lain, paling biasa keluar dari mulutnya “dahlah, sudahlah, biarlah…”.
Apabila diminta pertolongan, belum didengan dia enggan. Bahkan dia bersegera dalam menghulurkan. Apabila dihulurkan, dia melakukan dengan kesungguhan. Tiada balasan diharapkan.
Walaupun dia terpaksa memggunakan kereta sendiri. Tentulah paling kurang kos minyak pasti ada, tetapi dia tidak meminta walaupun dirinya sendiri bukanlah berada. Bila aku hulur sedikit wang, dia mengatakan ‘takapa’ ‘tak payah’ tapi bila digesa dia menerima jua.
Sebagai kakak, aku mengerti, itu tanda poketnya tidak berisi. Dia berterimakasih atas pemberianku yang tidak seberapa. Terima kasihnya pula yang begitu beria-ria sedangkan aku yang dibantunya.
Hidup keluarganya secara sederhana. Tidaklah bermaksud tidak menikmati hidup. Makanan yang sedap dimasak dan disantapi, perkara yang perlu turut dibeli tetapi tidak ada pembaziran, tiada unsur keterlaluan. Tiada perabut mahal atau mewah dalam rumah, tiada barang hiasan yang sekadar untuk keseronokan tatapan. Tiada pengaruh materialistik untuk memudahkan Dajjal menang.
Sebenarnya, setelah dia berkahwin, sikap mulianya itu tidak berubah dan tidak pernah berkurangan.
Kini anak-anaknya telah besar. Ramai. Anak gadis sulung telah bekerja setelah mendapat PHD. Sebahagian yang lain berada di universiti.
8-10 tahun sebelum itu, ketika mana dia dan keluarganya menziarahi, dalam keadaan hubungan persaudaraan yang mesra dan bahagia, dia dan isteri ada memberikan kami beberapa buku untuk dibaca. Anakku mendapati buku itu memang menarik perhatian. Buku agama yang membicarakan sesuatu atas isu yang berlainan. Sisi agama yang tidak pernah diketahui atau tidak pernah diambil peduli.
Tanpa kami sedari, sesuatu telah berlaku.
Sesuatu yang tidak diingini, tidak diduga telah menimpa mereka. Sekeluarga.
Masa berlalu.
Hingga beberapa tahun yang lalu.
Walau kemesraan masih kekal sama tetapi ada sesuatu pada mereka yang berbeza.
Suasana dalaman rumah mereka juga berbeza.
Bukan kami sahaja merasa kejanggalannya, saudara mara yang lain pun begitu juga.
Ada gambar foto besar berbingkai digantung ditengah ruang antara ruang depan dan dapur. Nampak seperti tokoh agama atau pemimpin luar negara yang kelihatan begitu ‘islamik’ tetapi kami terasa ganjil melihatnya. Tidak sama dengan ulama atau tokoh agama yang biasa.
Buku-buku agama yang sengaja diletak sini dan sana juga agak berbeza. Banyak membicarakan sisi sensitif dalam agama. Memuliakan segolongan menghinakan segolongan. Golongan Sabiqun atau Awwalun dalam islam. Hingga, ada jenis produk makanan dan minuman dari negara Islam yang tidak sehaluan pada pegangan.
Ada juga lain-lain tanda yang menimbulkan curiga.
Hinggalah anakku berkesempatan menziarahi mereka… lalu darinya anakku berkata;
“Sesuatu yang serius telah berlaku… mereka sudah keluar dari pegangan tradisi turun temurun. Bukan sahaja keluar mazhab yang empat .”
“Mereka telah meninggalkan kumpulan ahli sunnah wal jamaah dan memeluk Syiah !”
“Mereka kini menampakkan identiti mereka… secara tidak langsung mereka mengisytiharkan siapa diri mereka sekarang!”
Lalu anakku teringat beberapa tahun dahulunya, tentang buku-buku yang diberikan bapa saudaranya. Buku berbau syiah. Buku-buku agama syiah.
Bermakna adikku dan keluarganya telah lama bertahun-tahun sebelum itu didakyah Syiah. Sehingga mungkin dalam diam, mereka telah memeluknya.
KIni setelah ‘iman’ dirasa teguh, mereka mendedahkan identiti secara tidak lagi sembunyi. Perlakuan dan pandangan mereka membuktikannya.
Saudara mara merasa bingung.
Adikku dan isterinya tetapi berlaku biasa.
Kebaikan dan kemesraan tetap sama.
Antara kami, persaudaraan masih kuat bertautan.
Anakku, bagaimanapun curiga. Ada sesuatu yang dirasa tidak kena. Syiah, setakat yang diketahui, tidaklah indah pada hakiki.
Lalu, setakat mana keikhlasan mereka? Sekalipun adik beradik dikasihi, syiah mungkin lebih utama dihati.
Anakku mula membaca dan membaca. Kesimpulannya, ada kerisauan mendalam yang dirasa.
Anakku kemudian menunjukkan sikap terbuka, menghampiri bapa saudaranya demi untuk lebih memahami syiah itu apa sebenarnya? Sepura-pura manusia, akhirnya terkeluar dari mulut isterinya, rasa tidak suka kepada Sahabat utama, Abu Bakar dan lain-lainnya. Anakku pernah juga cuba didakwah, antaranya diajak menghadiri kuliah.
Masa berlalu lagi.
Tiba-tiba isu syiah kembali menghantui. Peristiwa kekejaman Syiah di Syria menyedarkan semula betapa bahayanya Syiah kepada kita. Kali ini, di seluruh negara, kempen kesedaran, usaha-usaha membendung pengaruh syiah giatm sana-sini dilaksanakan.
Syiah di Malaysia berusaha ditentang habis-habisan.
Kezaliman Syiah di luar negara didedahkan. Segala keburukan Syiah dari hujung rambut ke hujung kaki semua dilondehkan.
Adikku dan keluarganya turut menerima tamparan. Tentulah tidak selesa , merasa dipantau dan dicuriga.
Mereka sekeluarga mulai menjauhkan diri. Selalu tiada dirumah, ke sana ke sini tanpa diketahui, ke mana sebenarnya mereka pergi?
Adik kesayanganku ini.
Dia semakin membawa diri. Sukar untuk dihubungi. Seolah-olah dia merasa dia sebab itu dia perlu berbaik dan bermesra, dakwahnya tidak lagi berjaya. Syiah telah diburukkan dengan begitu berleluasa. Mungkin dia tidak mampu lagi mengharungi tribulasi dan onak duri.
Kalau dulu masih ada ibu kami, yang suka tidak suka kami masih harus bersama berkerjasama. Kini ibu telah tiada. Adikku yang taat pada ibu, bila ibu telah tiada, tiada apalagi yang dapat menahannya.
Anakku ada berkata, “Ibu, bagi pakcik (syiah) ini, orang awam kita dianggap jahil (tiada ilmu) kerana tidak mendapat maklumat (kebenaran) Syiah. Moga Allah mengampunkan mereka!”
Maka anakku menyahut dalam hati “maknanya tiada pelepasan bai golongan ilmuan. Habislah golongan ustaz sunni seperti Maulana dan Dr Asri… !”
Termasuklah diri anak ku sendiri, yang telah tahu tapi tidak mahu.
Kenapa adikku terpedaya? Anakku berpendapat, pakciknya yang baik itu memang ingin mencari kebenaran. Malangnya, dia tergesa dalam perubahan. Emosi mengatasi akal fikiran. Dia gagal menilai dengan keadilan. Apabila didakyah dengan syiah oleh guru agama syiah yang ada di Melaka, ilmu yang kurang menyebabkan dia terpedaya. Sepatutnya, dia berjumpa ilmuan sunnah yang mampu memberi pencerahan atas apa jua kekeliruan.
Anakku melalui metodologi ini sebelum cuba memahami syiah. Hasilnya satu-satu ‘hujah’ tembelang syiah terburai. Syiah sangat tidak logik dengan akal sangat tidak serasa dengan fitrah.
Saudaraku itu mungkin kini sudah terlalu jauh pergi…. sukar untuk dipujuk kembali.
Aku kesal. Aku merasa semasa pendakyahan syiah ketika yang dahulu itu, puak ahlul sunnah sedang lena diulit mimpi indah dalam tidur dan lekanya.
Hari itu.
Baru beberapa hari berlalu.
Hari pernikahan anak bongsuku.
Isteri adikku itu ada singgah. Sekadar bertanya khabar.
Makanan yang banyak sedia untuk dijamu, tidak dijamah walaupun satu. Alasannya, sudah kenyang. Dia kemudian meminta izin untuk pergi. Ada urusan penting menanti, barangkali.
Esoknya.
Hari perkahwinan. Majlis meraikan jemputan dan saudara mara.
Adikku, saudara ku ini tidak muncul tiba.
Itu bukan sifat adik lelaki kesayangku. Tidak pernah ia melakukan begitu.
Apalagi kepada aku. Kakak yang paling disayanginya dan paling menyayanginya.
Aku termenung. Kesedihan.
Selama ini aku fikir , persaudaraan kami begitu utuh dan kukuh. Biarpun dia sudah menjadi Syiah.
Namun,kini terbukti ia terputus juga.
Syiahlah dalangnya.
Syiah yang merampasnya dari kami.
Syiah yang memisahkan dia dari kami…
keluarga, saudara… darah dagingnya sendiri.
Ya Allah
Kembalikan dirinya kepada kami
Dan kepada jalan hidayah
Meninggalkan kesesatan Syiah…
kembali kepangkuan Ahlul sunnah Wal Jamaah.
In Sya Allah. Amin.
Ya Rabbal Alamin.
Wallahu taala alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan