"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini ulasan Datuk Sheila Majid apabila gambar aksi panas dan seksi anak gadisnya tersebar (Gambar)

L
Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid mempunyai seorang anak gadis iaitu Wan Nur Khaleda atau lebih mudah dikenali sebagai Kayda Aziz memiliki raut wajah sama seperti ibunya.

Gadis berusia 22 tahun itu sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.

Walaupun Datuk Sheila Majid dikritik dengan teruk, beliau menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.
“Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

“Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.
“Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

“Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli,” katanya dengan panjang lebar.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Pd usia 22 thn ibunya masih lagi beri green light, orang lain jangan nak komen banyak dan jangan sibuk nak masuk campur. Itu anak dia bukannya anak korang. Dah ibu sendiri yg memberikan peluang, kan? Tidak pula diberitahu sejak usia berapa green light diberi dan sehingga usia berapa pula baru nak jumpa red light, agaknya yg sesuai paling awal adalah bila berusia 38 tahun kut.

Cikgu Asiah berkata...

Apa la nak balajar dari silap.belajar dari teladan.kang nsk mbesar sangat perut pun ikut besar.shila sya pun ada anak gadis.masa dia stat nak buat silap sya dah fight.sya btegas.kalau u pernah buat silap kenapa u nak biar anak u ulang silap u dulu.tu senang cakap mak bodoh namanya.bil kita tau tindakan tidak terkawal boleh bawak silap pd anK .kawal la.nak kawal mesti kena balik pada Allah dan Al quran.hsnya Allah yg boleh lembutkan hati anak diiringi doa ibu.esok klu anak u dah dirosak org nak marah pun x boleh sbb u yg galakkan dia buat silap dulu.

Cikgu Asiah berkata...

Apa la nak balajar dari silap.belajar dari teladan.kang nsk mbesar sangat perut pun ikut besar.shila sya pun ada anak gadis.masa dia stat nak buat silap sya dah fight.sya btegas.kalau u pernah buat silap kenapa u nak biar anak u ulang silap u dulu.tu senang cakap mak bodoh namanya.bil kita tau tindakan tidak terkawal boleh bawak silap pd anK .kawal la.nak kawal mesti kena balik pada Allah dan Al quran.hsnya Allah yg boleh lembutkan hati anak diiringi doa ibu.esok klu anak u dah dirosak org nak marah pun x boleh sbb u yg galakkan dia buat silap dulu.

QalamQabut berkata...

Nampaknya macam Islam ketinggalan zaman pulak...

Mungkin umur 20an lebih sesuai anut Islam Liberal, bila masuk 40an baru anut Islam orthodox?

Yang si emak ni anut Islam yang mana satu boleh bagi pandangan camtu?

XUMNO berkata...

Pertama, janganlah berlebih2 bagi gelaran penyanyi TERSOHOR negara kepada beliau. Kalau setakat satu dua lagu, itu pun ada suara pelat takkan boleh dipanggil tersohor. Bandingkan dengan Saloma atau Siti dia ni jauh tercorot.Kedua, manusia spesis ni dan sewaktu dengannya janganlah buang masa nak tegur, buat buang masa dan sakit hati dengar jawaban mereka.Ustaz2 dan ustazah dah berbuih mululut mengingatkan perkara2 maksiat/dosa, mereka akan buat pekak badak aje.

azren berkata...

Mcm tu la ulasan org islam yg dh tingglkn islam....jahil n serupa kapiaq