"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Zamihan hanya berani dialog dengan Asri di Jakim

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin tidak mahu memasuki gelanggang untuk berdialog dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di Perlis mengenai isu wahabi.

Sebaliknya, Zamihan mencadangkan sesi dialog itu diadakan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) kerana terdapat ramai ulama dengan tajuk ‘Ajaran Wahabi di Malaysia: Fakta atau Auta?’

Zamihan berpendapat bahawa mufti Perlis itu sengaja memerangkapnya dengan menetapkan dialog di negeri itu supaya hujahnya akan dilihat bercanggah dengan enakmen pentadbiran Islam Perlis.

Tambahnya, Asri boleh menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan juga Raja Perlis,
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai tetamu dalam sesi dialog di Jakim itu.

Sebelum ini, Asri berkata pihaknya bersedia untuk menganjurkan debat dan menjemput Zamihan untuk berdialog di Perlis.

Huluran debat Asri itu berikutan Zamihan berkata beliau sedia menyahut cabaran mufti Perlis itu untuk mengadakan dialog
yang sebelum ini ditujukan kepada NGO Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN).

Ia selepas AMIN dilaporkan mendesak kerajaan supaya membanteras fahaman wahabi yang dilihatnya memberi ancaman keselamatan kepada negara.
Sementara itu Zamihan menggesa Asri berlapang dada untuk berdebat dengannya mengenai isu itu.

Katanya, isu itu kini sudah sampai ke peringkat nasional dan wajar diadakan di hadapan semua mufti bagi mencapai kata sepakat mengenai isu wahabi.

“Bila semua sudah diputuskan, kita jangan lagi sibuk-sibuk cakap pasal wahabi. Lima negeri fatwa wahabi sesat lagi menyesatkan," katanya sambil menegaskan Asri harus menghormati fatwa negeri lain.
-malaysiakini

Tiada ulasan: