"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Bekas wartawan antara 3 ditahan berikutan tweet kematian Haron Din

Bekas wartawan Sidek Kamiso dibawa ke Johor Bahru selepas ditahan awal pagi di rumahnya di Bandar Utama kerana didakwa menghina Islam berhubung kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Isteri Sidek, Norlin Wan Musa, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dihubungi oleh pegawai polis dari Balai Polis Semarak kira-kira jam 10.30 pagi di mana suaminya ditahan.

"Saya diberitahu suami akan dibawa ke Johor Baru.

"Peguam Siti Kasim juga memberitahu saya dia bercakap dengan ASP Leong dari IPK Johor yang memberitahu bahawa polis akan membuat permohonan reman ke atasnya petang ini," kata Norlin.

Mengimbas kejadian itu, Norlin berkata, empat anggota polis mengetuk pintu rumah mereka pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Kami memelihara anjing jadi saya tahu sesuatu tidak kena apabila anjing-anjing itu mula menyalak.

"Saya memandang keluar tingkap bilik tidur dan lihat sebuah van diletakkan di luar, dan empat lelaki memanjat pintu pagar rumah kami untuk masuk ke dalam," katanya.

"Suami saya cuba hubungi pengawal keselamatan di hujung jalan tetapi mereka tidak menjawab. Kami turun apabila mereka mengetuk pintu rumah.

"Suami saya berkali-kali meminta untuk melihat waran tangkap tetapi polis tu tak tunjukkannya. Salah seorang daripada mereka menunjukkan sepintas lalu seperti kad ID tetapi saya tak dapat lihat dengan jelas," katanya.

Norlin berkata, polis membawa suaminya selepas kira-kira satu jam dan merampas komputer riba serta telefon bimbit.

Tambahnya, beliau juga akan menuju ke Johor Bahru hari ini ditemani peguam Siti Kassim.

Ketika dihubungi, Siti mengesahkan beliau dilantik mewakili Sidek, bersama-sama dengan peguam Roger Chan.

"Kami faham bahawa beliau dibawa ke Johor kerana laporan polis dibuat di sana. Tetapi kita tidak tahu siapa yang membuatnya atau ia mengenai apa," katanya.
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini enggan mendedahkan nama individu yang disiasat berhubung posting di Twitter dan Facebook, difahamkan Sidek adalah seorang daripada tiga individu yang ditahan.

Khalid pagi tadi berkata, dua lagi suspek adalah dari Shah Alam dan Ipoh.

Beliau juga berkata posting kedua-duanya dibuat berikutan kenyataan yang sama oleh Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi.
-malaysiakini

Tiada ulasan: