"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Memang teruk dah kerajaan Kelantan ni memang patut tukar dah (video)

Husam bakal datang esok, kerajaan negeri sekat ‘orang luar’ masuk
12 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Masyarakat Orang Asli membuat formasi “Help Us”(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.

Esok difahamkan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang.

Namun, sumber dari Orang Asli di Pos Tohoi memberitahu pihak kerajaan negeri hari ini mulai mengadakan sekatan menghalang ‘orang luar’ masuk.

Sekatan itu dibuat di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi dekat kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Sekatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan itu juga berlaku sehari selepas ekspedisi NGO Royalti Kelantan bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media meninjau lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan.
Tinjauan melalui drone zon 50 meter dari pinggir sungai turut diceroboh oleh pembalak.
Dalam hal berkaitan, tinjauan ekpedisi berkenaan yang turut melalui alat penerbangan kawalan jauh atau drone mendapati kadar kemusnahan hutan simpan di Gua Musang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.

-------------------

Siti Kasim dakwa Kelantan sekat jalan masuk kampung Orang Asli
FMT Reporters | October 12, 2016

siti kasimPETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kassim hari ini mendakwa Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah menutup laluan ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Dalam posting di Facebooknya jam 8 malam tadi, Siti berkata beliau dihalang dalam satu sekatan di kawasan itu hari ini.

“Mereka halang semua orang kecuali Orang Asli,” katanya.

Siti berkata ini bermakna tidak ada sesiapa boleh menghantar bantuan makanan ke kampung itu dan Orang Asli juga dihalang hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman.

Katanya, beliau akan membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan masuk bertemu anak guamnya dan dihalang menghantar bekalan kepada Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli di situ marah kerana aktiviti pembalakan dijalankan di hutan itu. Sekatan jalan yang mereka letakkan sebelum itu menghalang pembalak masuk, dipecahkan.

----------------------

Expedisi Balak Kelantan: Ada muslihat lulus tebang hutan kurang 500 hektar
12 Oktober 2016 | Oleh ARIF ATAN foto WAN ZAHARI SALLEH
Longgokkan balak yang ditebang secara ‘cuci mangkuk’ ditemui dalam Expedisi Balak Kelantan.

Tindakan kerajaan negeri Kelantan meluluskan aktiviti pembalakan kurang daripada 500 hektar bagi sesebuah kawasan hutan simpan disifatkan sebagai muslihat untuk mengelak daripada menyediakan laporan terperinci Penilaian Alam Sekitar (DEIA).

Pengerusi Penaja NGO Royalti (R) Malaysia, Hishamuddin Ghazali berkata demikian ketika mengulas isu pembalakan melampau di pedalaman Gua Musang yang mengancam sumber air dan hutan di lebih 20 kampung dekat pos Orang Asli di kawasan berkenaan.

Menurutnya, taktik kelulusan itu menyumbang kepada kemusnahan hutan dalam skala yang besar sekaligus menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli ketika kerajaan negeri berkempen ‘Anok Kelate Saye Hute’ (Anak Kelantan sayang hutan).

“Saya lihat banyak hutan simpan diluluskan oleh kerajaan negeri kepada pembalak. Mereka ‘pandai’. Luluskan bawah 500 hektar supaya tidak perlukan laporan DEIA. Tidak hairanlah kerajaan negeri luluskan sehingga 400 hektar sahaja supaya menepati syarat jangan lebih 500 (hektar).

“Ini tidak betul. Tutup kelemahan pengurusan ekonomi negeri tapi kaut banyak keuntungan dengan meluluskan kawasan hutan simpan seluas-lusanya kepada syarikat-syarikat pembalak tanpa mengambil kira kesan buruk pada masa akan datang.

“Bahasa mudahnya menipu. Banyak lesen yang diluluskan itu pula tanpa pengawasan ketat daripada Jabatan Perhutanan sehingga ada yang hanya dua hingga tiga rantai dari gigi air seperti berlaku di Gua Cha dan Pos Gob,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline malam tadi.
Hishamudin Ghazali, ketua Expedisi Balak Kelantan bercakap dengan Orang Asli.

Sehubungan itu, beliau yang dikenali sebagai Sham Ghaz menyeru supaya kerajaan negeri mendengar tuntutan masyarakat Orang Asli supaya menghentikan selama-lamanya kegiatan pembalakan tidak terkawal tersebut.

“Pembalakan masih berlaku di rizab sungai. Kerajaan negeri kena buka mata, pantau operasi syarikat pembalak ini,” tegasnya lagi selepas program dua hari menjelajah lokasi pembalakan di Gua Musang bermula 10 Oktober lalu.

Tinjauan dalam program anjuran R itu mendapat beberapa penempatan pekerja balak yang dipanggil ‘kongsi’ telah ditinggalkan kosong.

Antaranya berdekatan Pos Gob, kongsi di Hutan Simpan Kekal Balah itu dianggarkan boleh memuatkan tidak kurang daripada 50 pekerja balak berdasarkan pelantar untuk tempat tidur yang ditinggalkan.

Notis di kongsi itu pula memaklumkan Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd sebagai pelesen dengan seluas 239 hektar hutan terbabit diserah kepada kontraktor Souncern Timber Sdn Bhd.
Kompleks Perkayuan Kelantan dilihat banyak memberi lesen membalak kurang daripada 500 hektar bagi mengelak laporan DEIA.
Satu lagi kongsi yang ditinggalkan adalah berhampiran Pos Bering walaupun salah satu papan tanda di situ memaklumkan tempoh kuatkuasa lesen membalak daripada 28 Jun sehingga 27 Disember tahun ini.

Kebanyakan kongsi berkenaan ditinggalkan ekoran tuntutan masyarakat Orang Asli membuat penghalang jalan di simpang Petei bagi menyekat kemasukan lori balak sejak akhir September lalu.

Program anjuran bersama Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka Malaysia), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Impian Kelantan dan Belantara Rimba 4x4 Oren turut disertai beberapa media lain.

-----------------

Membalak di rizab sungai, musnahkan kubur Orang Asli
ARIF ATAN

Sekumpulan Orang Asli dari Pos Gob menunjukkan tapak kubur Adik A/L Tengah di Kawasan Rondong yang musnah akibat kerja membalak.
Kerakusan syarikat pembalak di hulu Kelantan terbukti apabila berlakunya penebangan yang melanggar sempadan ditetapkan Jabatan Perhutanan sehingga menghapuskan kawasan perkuburan Orang Asli.

Tinjauan Malaysia Dateline semalam bersama-sama R Kelantan dan beberapa NGO alam sekitar mendapati aktiviti pembalakan berhampiran Sungai Jawai dilihat berlaku secara tidak terkawal apabila menceroboh rizab sungai tersebut.

Sisa-sisa kayu balak sehingga berdiameter satu meter dapat dilihat jelas di kawasan Rondong itu yang turut memuatkan kubur Adik A/L Tengah dari Pos Gob.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) yang turut serta dalam siasatan itu menyifatkan kerja-kerja membalak berjarak kurang 50 meter dari sungai itu jelas melanggar syarat dan peraturan alam sekitar yang ditetapkan.

Presidennya, Hafizzuddin Nasarudin berkata, aktiviti pembalakan tidak lestari yang menghilangkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan hujan seperti berlaku di Gua Musang itu mencemarkan kualiti sungai yang juga menjadi sumber air bagi Orang Asli.

Presiden KUASA, Hafizzuddin Nasarudin bersama seorang penduduk Orang Asli menunjukkan kerja-kerja membalak yang menceroboh rizab Sungai Jawai.
“Kita boleh lihat di sini zon penampan dilanggar. Ini bukti wujudnya kelemahan pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan negeri walaupun dasar berkaitan sudah sedia termaktub.

“Kesannya bukan sahaja kena pada Orang Asli bahkan sampai kepada penduduk di Kota Bharu apabila bekalan air diperoleh tidak bersih. Sebab itu isu ‘air teh tarik’ atau air keruh di Kelantan satu masalah besar yang tidak pernah selesai.

“Saya rasa inilah punca utama. Kami dari kumpulan NGO tidak menolak pembangunan tetapi biarlah berjalan secara lestari yang maksudnya melakukan pembalakan terpilih bukannya pembalakan ‘cuci mangkuk’ atau tebang habis,” tegasnya lagi kepada Malaysia Dateline.

Tiada ulasan: