"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pelik tapi benar: Polis’ curi kereta ‘polis’ di Bukit Aman

Tempat parkir kereta di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman di Kuala Lumpur mungkin bukan lagi tempat yang selamat.

Ini berikutan laporan bahawa dua pegawai polis mendapati kereta mereka dicuri yang didakwa dilakukan oleh rakan anggota polis sendiri.

Menurut akhbar The Sun, kedua-dua pegawai - seorang timbalan superintenden dan penolong superintenden dari Jabatan Siasatan Trafik dan Jabatan Penguatkuasaan meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir Menara I, bangunan Bukit Aman.

Mereka kembali minggu lalu selepas tugasan rasmi luar kawasan dan terkejut mendapati kereta mereka, sebuah Volkswagen Vento dan Proton Saga telah hilang.

Timbalan superintenden itu yang ke Terengganu, meletakkan keretanya di tingkat pertama pada 26 September dan kembali pada 5 Oktober, manakala pegawai lain itu pula meletakkan keretanya di tingkat dua.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, seorang anggota polis, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai berpangkat lans koperal ditahan.

"Kami sedang menyoal siasat untuk menentukan sama ada dia terlibat dengan mana-mana sindiket curi kereta," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kecurian kenderaan. Kereta-kereta berkenaan masih belum dijumpai semula.

Akhbar itu memetik sumber berkata rakaman kamera keselamatan di tempat letak kereta menunjukkan seorang anggota polis memandu keluar dengan kedua-dua kereta berkenaan. Kejadian pertama dirakamkan pada jam 3 pagi, 30 September manakala kejadian kedua pula pada jam 10 malam, 1 Oktober.

Rakaman juga menunjukkan sebuah Perodua MyVi putih yang dipandu oleh individu yang tidak dikenali mengekori kenderaan polis itu. Bukit Aman sedang mengesan rakan suspek lans koperal itu.
-malaysiakini

Tiada ulasan: