"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haji Hadi kena bodohkan oleh Mat Sabu?

Tiada kena mengena Bersih 5 dikaitkan Arab Spring , kata Mat Sabu
MALAYSIA DATELINE
Presiden Amanah Mohamad Sabu membidas kenyataan  Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh himpunan Bersih 5  pada November,  bakal menyebabkan kemusnahan dan pertumpahan darah seperti 'Arab Spring' yang berlaku di negara timur tengah.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata tindakan mengaitkan Bersih dengan Arab Spring adalah sesuatu yang bodoh dan bersifat kepura-puraan kerana Bersih telah bermula seawal 2007 iaitu sebelum Arab Spring.

"Tidak ada kena mengena dengan Arab Spring yang berlaku dalam tahun 2011. Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan Bersih meniru atau lanjutan daripada Arab Spring.

"Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain.

"Mereka yang mengatakan himpunan Bersih ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 ini," katanya.

Hadi sebelum ini berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas.

Ianya sekaligus menjelaskan pendirian tegas Pas yang tidak akan menyertai himpunan kali ini walaupun bersama-sama selaku penganjur pada himpunan Bersih yang pertama hingga ketiga.

Mohamad yang juga ketua mobilisasi untuk himpunan sebelum ini berkata, demonstrasi di Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram walaupun kadang kala ada sedikit kekecohan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

"Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain," kata Mohamad seperti dilaporkan.

Tiada ulasan: