"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kerajaan Kelanran jangan layan orang Asli macam binatang

'Orang tauke balak' di penghalang jalan Jabatan Perhutanan Kelantan?
ARIF ATAN
Wanita Orang Asli antara yang berkumpul di sekatan jalan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan semalam.

Semalam masuk hari kedua Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan membuat halangan masuk di kawasan penempatan Orang Asli Pos Tohoi di Gua Musang.

Sekatan jalan tersebut di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi berdekatan kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Seorang aktivis memberitahu, sekatan atas alasan perlunya permit untuk memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) itu turut disertai pihak syarikat pembalak yang hadir bersama kenderaan pacuan empat roda.

"Tengah hari tadi (semalam) budak-budak tauke balak (Datuk Roshaimi) ada datang dengan dua buah Hilux," ujarnya.

Datuk Roshaimi Razak adalah Penasihat Persatuan Pembalak Negeri Kelantan yang sebelum ini dilapor menggesa masyarakat Orang Asli di HSK Balah supaya tidak menghalang syarikat konsesi daripada mengeluarkan kayu balak di kawasan itu.

Beliau juga menafikan dakwaan kumpulan Orang Asli di kawasan HSK Balah bahawa pihaknya melepaskan tembakan dan menggunakan kumpulan samseng untuk menakutkan masyarakat tersebut pada 28 September lalu.

Roshaimi yang dikenali sebagai Cikgu Ami dikatakan mewarisi legasi bisnes balak daripada ayahnya, Abdul Razak Abbas yang juga Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK).

Sumber aktivis anti-balak Kelantan memberitahu, Roshaimi memperoleh lesen membalak dalam banyak zon di HSK Balah tetapi menyerahkannya kepada 15 syarikat balak dimiliki orang Cina.

Penghalang jalan oleh Jabatan Perhutanan di Pos Tohoi didakwa turut disertai pihak syarikat pembalak.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Siti Kasim memberitahu pihak Jabatan Perhutanan Kelantan telah menaikkan papan amaran yang menyenaraikan 16 kesalahan memasuki HSK antaranya menduduki atau menjalani sebarang aktiviti tanpa kebenaran.

"Papan tanda baru didirikan yang berkesan menghentikan semua kelangsungan hidup Orang Asli di kawasan pedalaman," ujarnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.

Papan amaran yang dinaikkan sekaligus dilihat sebagai menafikan hak dan kewujudan Orang Asli di kawasan itu.

Semalam, lebih 100 Orang Asli terdiri daripada lelaki dan wanita berkumpul dekat halangan jalan dilakukan pihak Perhutanan itu.

Mereka yang diketuai Azmi Badol bersoal jawab dengan dua pegawai Perhutanan yang beruniform perang dengan salah seorangnya bertopi, bercermin mata coklat dan sedang merokok.

"Dulu kenapa tidak dimaklumkan orang luar tidak boleh masuk? Kami jemput dia (Siti) sebab dia peguam kami," ujar Azmi yang merupakan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK).

Tiada ulasan: