"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini punca mengapa Azlan ditolak jadi MB Perlis -Ismail Kassim

MUHAMMAD FAIZ SULONG 
KUALA LUMPUR - Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menyifatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Menurutnya, itu antara sebab mengapa pimpinan Umno Perlis tidak bersetuju apabila Adun Bintong itu dilantik sebagai menteri besar.

Ismail juga mendakwa, rakyat marah kepada Azlan berikutan kegagalannya menjaga kawasan semasa menjadi Adun Pauh sebelum berpindah bertanding ke Bintong pada PRU14 lalu.

“Orang tahu rekod dia di Pauh tak jelas dan mencuba di kawasan baru sekarang. Di bahagian dia gagal, macam mana kita bagi seorang ketua bahagian yang gagal untuk mengetuai negeri.

“Dia tak boleh ditegur, sesiapa yang berurusan dengan dia juga boleh tanya. Dia tak boleh terima pendapat semua orang," katanya, memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), ketika sidang media, malam tadi.

Berikutan itu, Ismail yang juga adik kepada Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, merafak sembah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail agar mempertimbangkan lapan Adun BN lain, selain dirinya dan Azlan, untuk dilantik sebagai menteri besar.

“Kita merayu sekali lagi kepada Tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua demi Perlis yang kita sayang. Bukan Ismail Kassim, bukan Azlan Man, tetapi lapan Adun BN lain daripada kami.

“Saya tak mahu dikatakan gila kuasa. Saya tak mahu arwah bapa saya dalam kubur tersentak-sentak dengan perbuatan yang tak berhemah di permukaan muka bumi. Saya tak mahu macam itu demi ayah saya,” katanya.

Pagi tadi, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis seterusnya menubuhkan kerajaan negeri selepas lebih dua minggu PRU14 selesai sejak 9 Mei lalu.

Namun, tindakan sembilan Adun BN yang tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.

Pengerusi BN dan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudianya membuat satu sidang media dan menjelaskan Azlan dipecat serta-merta dari Umno selain mendesak Raja Perlis agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Tiada ulasan: