"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin cadang pilihan raya semula di Perlis

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menggesa diadakan pilihan raya semula di peringkat negeri, susulan kemelut politik selepas Umno Perlis memecat menteri besar selang beberapa jam mengangkat sumpah jawatan semalam.

Menurut Asri, pilihan raya semula adalah cara terbaik semua pihak yang bertelagah akan berpuas hati, dan perkembangan pendedahan berkait 1MDB juga mungkin membuatkan rakyat Perlis mengubah pilihan mereka.

“Boleh pilih wajah baru dan bermutu tinggi dari semua pihak, mana-mana jaguh yang ada kualiti tapi ‘kalah’ di tempat lain, mungkin boleh datang bertanding di Perlis,” kata Asri.

Kemelut kepimpinan negeri kecil itu tercetus selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, di mana Barisan Nasional (BN) yang memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN, tetapi gagal melantik menteri besar yang dipersetujui bersama.

Semalam Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail menerima Adun Bintong, Datuk Seri Azlan Man, yang merupakan menteri besar lepas, mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru untuk penggal kedua.

Majlis itu tidak dihadiri oleh 9 Adun BN lain, sehingga menyebabkan Tuanku Syed mengeluarkan kenyataan mengkritik mereka.

Beberapa jam selepas upacara angkat sumpah diadakan, Pengerusi Umno Perlis yang juga bekas menteri besar negeri itu, Datuk Seri Shahidan Kassim, memecat Azlan daripada parti.

Shahidan turut mengkritik Raja Perlis kerana didakwa mencampuri urusan pentadbiran negeri, sambil menyifatkan dirinya mengorbankan “jiwa dan raga” bagi memastikan kemenangan BN.

Sehingga kini tidak kelihatan jalan keluar daripada kemelut tersebut dengan masing-masing pihak belum menemui kata sepakat.

Tiada ulasan: