"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis masih kira wang tunai selepas 5 jam

Pihak polis masih belum selesai mengira wang yang dirampas daripada tiga unit kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences, Jumaat lalu.

Pihak berkuasa itu mula mengira wang berkenaan yang disimpan dalam 72 beg bermula sekitar jam 10 pagi tadi dan masih membuat pengiraan sehingga jam 3.30 petang, lapor Harian Metro.

Berdasarkan laporan tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Amanh, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan perkara berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Laporan itu menyebut pengiraan dilakukan di Menara 238, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

"Difahamkan, buat masa ini sebahagian wang terbabit sudah selesai dikira, namun belum sampai 10 beg daripada keseluruhan 72 beg.

"Proses itu dilaporkan mengambil masa yang panjang disebabkan jumlah wang terlalu banyak termasuklah jumlah pelbagai mata wang asing.

"Selain itu, pihak JSJK juga perlu merekodkan setiap nombor siri setiap mata wang berkenaan untuk dijadikan bukti dalam proses siasatan susulan," jelas laporan berkenaan.

Menurut laporan itu, wang yang sudah dikira akan dibawa ke Bukit Aman, sebelum diserahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk proses pengiraan semula

Jumaat lalu, polis menyerbut tiga unit kondominium yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Polis merampas 72 beg berisi wang tunai dan barangan kemas bersama 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah.
-malaysiakini

Tiada ulasan: