"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

90% tak puas hati dengan cara kerajaan PN lawan Covid-19

MALAYSIA DATELINE

Kajian  yang dibuat oleh portal berita The Malaysian Insight mendapati, sembilan daripada 10 responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal pandemik Covid-19.

Dalam tinjauan 24 jam yang dibuat di Twitter The Malaysian Insight pada Jumaat, 96% daripada 2,450 responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan cara bagaimana wabak Covid-19 dikekang oleh kerajaan. Hanya 4% berpuas hati.

Begitu juga di Facebook, 92% daripada 93 responden mengatakan tidak kepada soalan adakah mereka berpuas hati dengan bagaimana kerajaan mengawal pandemik itu.

Poll yang dibuat oleh TMI melalui twitter.

Sebahagian pengguna twitter dan facebook juga meminta agar Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dipecat.

Mereka juga melahirkan rasa tidak berpuashati dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri yang hanya membacakan teks yang disediakan tetapi tidak menjelaskan banyak perkara.

Mereka juga berkata, penguatkuasaan SOP juga lemah dan selalu bertukar-tukar.

Pengguna Twitter Aruna (@imfsea_aruna) pada hari Jumaat berkata, “Menteri Kesihatan (Dr Adham Baba) harus dipecat segera.

“Menteri Pertahanan Ismail Sabri disinonimkan dengan kes Covid-19, membaca teks dan menerangkan jumlah orang yang ditangkap dan didenda semasa PKP.

“Tetapi tidak ada yang tahu berapa banyak denda yang dikumpulkan kerajaan,” kata Aruna.

Mengulas keputusan itu, pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata, beliau tidak terkejut dengan hasil tinjauan itu.

“Sangat jelas ramai yang tidak berpuas hati dengan PKP 2.0 dan Darurat kerana gagal menurunkan jumlah jangkitan selepa dua minggu mengumumkannya pada 11 Januari.

“Penguatkuasaan SOP yang lemah dan selalu bertukar-tukar dalam membuat keputusan kerajaan menunjukkan Majlis Keselamatan Nasional belum belajar apa-apa dari PKP 1.0,” kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh portal berita berbayar itu.

Tiada ulasan: