Agensi
RAKAMAN CCTV suspek melihat peti sejuk dalam sebuah pusat beli belah. FOTO Agensi.
Bangkok: Pekerja warga India dikesan membeli peti sejuk baharu di sebuah pusat beli-belah di Thailand, sebelum peti sejuk itu ditinggalkan di sebuah rumah bersama mayat lelaki yang sudah dikerat.
Penemuan mengejutkan itu dilapor pada 21 Januari lalu di premis penginapan buruh asing di daerah Bang Khun Thian District, Bangkok.
Ketika itu kediaman terbabit dihuni buruh warga Myanmar yang menunggu panggilan kerja.
Mereka diketuai lelaki warga India berusia 23 tahun dikenali Sundaravel, yang bertanggungjawab mengurus pekerja warga asing di Thailand.
Susulan penemuan mengejutkan itu, orang tengah warga India yang menyewa kediaman terbabit kurang daripada seminggu lalu, kini menjadi suspek utama.
Polis sedang melakukan siasatan lanjt dan memburu lelaki itu yang dikatakan sudah meninggalkan Thailand.
Thaiger melaporkan rakan mangsa mengesahkan identiti suspek yang terbabit dalam kes berkenaan.
Lewat malam 19 Januari lalu, suspek didakwa memandu kereta merah dan berhenti di hadapan rumah terbabit. Dia cuba masuk ke dalam rumah dan turut dilihat mengetuk pintu dengan kuat.
Lelaki itu kemudiannya berlalu pergi selepas gagal memasuki kediaman dan disahkan sudah meninggalkan Thailand.
Baru-baru ini, rakaman CCTV bertarikh 6.28 petang, 19 Januari didedahkan, menunjukkan dua lelaki India memasuki pusat beli-belah di Bang Bon, serta memilih peti sejuk.
Mereka kemudian memuatkan peti sejuk itu ke dalam trak hitam sebelum beredar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan