"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kata Sanusi, kalau beri RM100 juta jamin kemuncup pun tak ditebang

Sanusi ulangi minta RM100 juta jamin kemuncup pun tak ditebang

Harapandaily

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengulangi permintaannya supaya Putrajaya membayar pampasan pengekalan hutan berjumlah RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri Kedah.

Menurutnya, polemik isu yang berlaku di Hutan Simpan Ulu Muda akan berakhir jika Kerajaan Persekutuan berbuat demikian sebagai pampasan memulihara kawasan tadahan itu.

Bahkan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkenaan memberi jaminan tidak akan ada sebatang pokok balak pun ditebang di negeri itu jika peruntukan terbabit diterima, termasuklah kemuncup sekali pun.

Ini termasuklah kemuncup sekali pun tidak akan dipotong, kata Sanusi, walaupun semakan mendapati habitat bagi rumput dari keluarga Poaceae itu di kawasan terbuka bukannya di kawasan hutan simpan.

Pemimpin Pas yang suka berkaraoke hingga awal pagi itu juga menegaskan peruntukan tersebut sudah dituntut Kedah sejak empat tahun lalu sebagai ganti kepada kehilangan hasil negeri.

“Depa (mereka) tuduh kata kita tebang balak maka kawasan tadahan air Ulu muda tercemar.

“Pembalakan ini Jabatan Perhutanan yang menguatkuasakan peraturan dan undang-undang, mereka agensi Kerajaan Persekutuan.

“Prosedur penebangan, had penebangan dan had pengeluaran dikuatkuasakan jabatan berkenaan, pasal apa dok hentam kerajaan negeri.

“Jadi, untuk menghentikan semua polemik itu, bagi RM100 juta setahun (yang Kedah minta)… pokok kemuncup pun kami tak tebang,” katanya.

Dakwa Sanusi, pihaknya sudah menulis surat kepada setiap Perdana Menteri mengenai bayaran khas tersebut.

Bayaran itu, jelasnya, sebagai pampasan selepas Kedah banyak berkorban untuk negara dalam menjaga sumber air bersih bagi tiga negeri serta menjamin keselamatan makanan negara.

Kawasan tadahan hujan Ulu Muda di Kedah adalah punca sungai empangan yang membekalkan 90 peratus bekalan air di Kedah, 80 peratus di Pulau Pinang dan 70 peratus di Perlis untuk pengairan sawah padi, sumber air bersih dan sebagainya.

Terdapat 4.2 juta orang yang tinggal di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sangat bergantung kepada air mentah di Ulu Muda.

Tiada ulasan: