FMT Reporters
PETALING JAYA: Kecewa ditinggalkan oleh teman wanita, seorang lelaki warga asing ditahan polis kerana berbogel di tempat awam sekitar Permas Jaya, Johor Bahru pada awal pagi Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang penjaga kaunter hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi.
Suspek yang berusia 37 tahun ditahan di tempat kejadian sekitar 1.38 pagi, katanya.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Johor Bahru Selatan bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek di tempat kejadian.
“Hasil siasatan polis, kejadian didapati berpunca kerana suspek tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya,” katanya dalam kenyataan
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Kejadian itu menjadi tular selepas sebuah klip video tersebar di media sosial, menunjukkan seorang lelaki merayau-rayau dalam keadaan bogel namun kemudian berjaya ditangkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan