"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suri rumah kerugian RM1.5 juta ditipu scammer yang menyamar sebagai polis

PETALING JAYA: Seorang suri kerugian hampir RM1.5 juta selepas membuat pindahan wang ke beberapa akaun tidak dikenali selepas panik didakwa terlibat jenayah penipuan.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa dihubungi seorang individu dipercaya menyamar “polis”.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 19 Jan berhubung modus operandi sindiket phone scam itu.

Katanya, mangsa dilaporkan mengalami kerugian RM1,491,832.

“Orang ramai dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya menurut Utusan Malaysia

Tiada ulasan: