"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Nak beritahu MB pasang jaring tak selesaikan kes bunuh diri

Pasang jaring elak terjun jambatan - Nassuruddin

ASWANY OMAR

PASIR MAS - Kerajaan negeri kini sedang dalam perbincangan untuk memasang jaring di beberapa jambatan utama di negeri ini bagi mengelakkan kejadian terjun jambatan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, jaring berkenaan akan berfungsi sebagai penghadang dalam usaha mengelakkan kejadian terbabit.

Bagaimanapun, menurut beliau, sebagai usaha awal, satu solat hajat akan diadakan pada 5 Februari depan pada jam 10 pagi di Jambatan Tendong bagi memohon mengelakkan kejadian itu tidak lagi berlaku.

"Kita sudah bincang untuk memasang jaring dan perkara itu dalam pertimbangan.

"Kita mulakan dengan solat hajat dahulu supaya dapat menghindarkan individu yang mengambil jalan singkat mengelak masalah dengan terjun jambatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan banjir kurniaan Yayasan Sultan Kelantan di sini pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Pengarah Bomba negeri Kelantan, Zainal Madasin memaklumkan sebanyak 17 kes terjun jambatan direkodkan di negeri ini dalam tempoh empat tahun bermula 2021.

Lokasi paling banyak dilaporkan ialah di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu iaitu sembilan kes diikuti Jambatan Tendong dengan tiga kes.

Kes terjun jambatan turut berlaku di Jambatan Salor dan Pak Nik Lah di Kota Bharu, Wakaf King (Tumpat) serta Tok Bali (Pasir Puteh).

Dalam pada itu, Nassuruddin memberitahu, kerajaan negeri sentiasa bersedia menghadapi banjir berikutan keadaan hujan lebat dalam tempoh beberapa hari.

"Pada masa sama kita berharap tiada lagi berlaku bah berikutan sudah tiga gelombang yang dihadapi penduduk," katanya.

Seramai 508 mangsa banjir menerima bantuan membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, Apam Putra dan Gual Periuk.

Tiada ulasan: