"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kantoi’ menipu, Chegu Bard bakal dipanggil polis

Harapandaily

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Menurutnya lapor Bernama, kes tersebut akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Terdahulu, seorang individu membuat laporan polis di Balai Polis Travers semalam terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin.

Kenyataan Chegu Bard didakwa dibuat dalam sebuah video berdurasi 52 saat yang disiarkan menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.”

Laporan itu seterusnya menafikan dakwaan Chegu Bard dan menyifatkan ia sebagai kenyataan tidak tepat serta meminta pihak polis mengambil tindakan lanjut.

Tiada ulasan: