Harapandaily
NORMAN RADZUAN
Ada mereka yang selalu Mahathir mengkritik hingga sampai menghina. Saya tidak bersetuju sehingga ada yang berkata kenapa liat nyawanya.
Apabila Mahathir sakit, pasti saya akan doakan kesembuhannya. Apabila bertemu, saya bersalam dan mencium tangannya (waktu bertugas di media) kerana merasakan saya seusia cucunya.
Apabila ada menulis “Bila la org tua nak mamxxx atau maxx”… saya rasa ia keterlaluan.
Saya beritahu doa Allahyarham Tuan Guru Fadhil Nor itu ada sebabnya beliau berkata demikian. Allah panjangkan umur Mahathir juga ada hikmahnya.
Jika Mahathir sudah pergi, bermakna kes beliau akan ditutup. Jika diteruskan dan anak-anak Mahathir dibawa ke muka pengadilan, tentu orang ramai berkata, mengapa Anwar begitu berdendam kepada Mahathir.
Simpati akan muncul dan PMX pula dilihat sebagai zalim. Jadi, hikmahnya segala kerosakan dan penipuan Mahathir akan dapat kita bongkar.
Mahathir diktator
Beberapa kali saya tulis Mahathir adalah pemimpin paling licik dalam sejarah negara. Begitu banyak kerosakan dilakukan tetapi Mahathir bijak mengalihkan isu setiap kali dirinya cuba dipersalahkan.
Kerosakan yang dibuat melalui dasar dan amalan sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir hingga hari ini masih membebankan rakyat. Mahathir memburukkan imej Tunku dengan menerbitkan buku.
Ketika pemerintahan Mahathir, dia melakukan pemusatan kuasa yang cukup jelas dengan menjadikan kuasa Perdana Menteri begitu besar sehingga berlaku campur tangan terhadap institusi kehakiman dan legislatif.
Lawan dalaman partinya diserang seperti pernah dilalui oleh Tunku Abdul Rahman dengan menuduh Tunku punca bangsa Cina besar kepala.
Tun Musa Hitam mangsa seterusnya memberitahu ketika isu Memali, Mahathir sebenarnya berada di dalam negara. Tun Musa sehingga sekarang katanya kepada Lim Kit Siang, “I don’t trust Mahathir.”
Tengku Razaleigh menjadi musuh politik kerana mencabar Mahathir sebagai Presiden UMNO. Anwar Ibrahim pula dilihat sebagai ancaman kepada kroni-kroni dan anak-anaknya.
Pak Lah kerana tidak mahu mengikut telunjuknya, Mahathir menganggu pentadbiran Pak Lah yang beliau lantik sendiri sebagai penggantinya.
Malah, Mahathir sangat membenci KJ hanya kerana bertanding melawan anaknya sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Selepas memilih Najib sebagai PM yang seterusnya, Mahathir sendiri mahu Najib berundur.
Dikatakan kerana tidak mahu menurut kehendaknya memilih Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO. Dia sanggup melutut kepada Anwar di mahkamah semata-mata mahu menjatuhkan Najib.
Kali kedua
Dalam masa sama, Mahathir mengkhianati Anwar buat kali kedua untuk tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri dengan pelbagai alasan. Semua diperkudakan untuk menyelamatkan anak dan kroni-kroninya.
Musuh-musuh politiknya dari parti lawan untuk menutup mulut mereka, Mahathir campakkan mereka ke dalam ISA seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Suhaimi Said dan ramai lagi.
Pada tahun 1988, Mahathir adalah Perdana Menteri pertama yang memecat Ketua Hakim Negara iaitu allahyarham Tun Salleh Abbas bersama lima hakim yang lain kerana keputusan pembatalan pendaftaran UMNO.
Pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.
Begitulah Mahathir. Siapa yang menentangnya akan diambil tindakan yang kejam. Tidak hairan apabila Anwar Ibrahim diaibkan hingga lebam matanya. Sebab itulah Tun Musa Hitam kata “Saya tidak seberani Anwar melawan Mahathir.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan