"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru meninggal dunia, ditemukan tidak sedarkan diri di pejabat

Bernama

TAMPIN: Seorang guru besar sekolah jenis kebangsaan Cina di Gemencheh meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabat.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.25 pagi, dan difahamkan mangsa berehat di biliknya kerana kurang sihat.

“Siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu telah menghadiri Program Hari Usahawan di sekolah.

“Pada 9 pagi, rakan mangsa mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dan membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” katanya dalam kenyataan.

Amiruddien berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan: