"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi "Maafkan" Media Yang Menfitnah PAS



GOMBAK, 5 JUN: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'memaafkan' media massa arus perdana yang memberi laporan berat sebelah dan negatif terhadap PAS sepanjang Muktamar ke 57 yang berakhir sebentar tadi
.
Beliau merakamkan penghargaan PAS kepada wartawan yang bertungkus lumus melakukan liputan sepanjang tiga hari walaupun akhirnya pihak pengawal dan pemilik media tersebut menghalang berita sebenar yang sepatutnya dilakukan.
 
Hal ini menurut beliau kerana pihak tersebut dikongkong peraturan yang tidak adil dan kuno.
 
"Walaupun ada media massa yang melaporkan kenyataan yang tak menyenangkan. Kita maafkan mereka. Islam maafkan mereka yang jahil," kata beliau.
 
"Wartawan melaporkan apa yang ditulis tapi apa yang menyiarkan berita adalah yang disana dan dikongkong dengan peraturan yang sangat jumud," ujar Hadi ketika menggulung perbahasan muktamar di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad di Taman Melewar di sini hari ini.
 
Media Arus Perdana kawalan UMNO mendakwa kononnya keputusan Pemilihan PAS menunjukkan parti itu menyisihkan kepimpinan ulama. 
 
Ini berikutan kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, mengalahkan penyandang Nasaruddin Mat Esa dan seorang lagi ulama, Tuan Ibrahim Tuan Man. 
 
Perlantikan Husan Musa, antara pemimpin pelapis PAS, sebagai Naib Presiden baru, juga tidak disenangi oleh juak-juak Umno.
 
Abdul Hadi menyanggah segala tuduhan itu dan menekankan PAS adalah sebuah parti Islam tulen yang ditunjang oleh pemimpin  yang memang  memperjuangkan Islam.
 
"Ada laporkan wujud kumpulan Erdogan.  Ini bukan Erdogan,  ini Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini PAS. Ini bukan Turki, ini Malaysia. Turki tidak boleh ada parti Islam," tegas Ahli Parlimen Marang itu.
 
Abdul Hadi menegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga terdiri dari pelbagai latar belakang tapi semuanya mempunyai pegangan agama yang kuat.
 
Malah Abdul Hadi menyatakan pemimpin yang tewas dalam pemilihan mempunyai peranan dalam parti.
 
Sebagai contoh, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah lebih 20 tahun tidak memenangi sebarang pemilihan sehingga semalam tetapi tetap diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya kerana kepimpinan beliau.
 
Hadi turut merujuk kepada komposisi Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang baru sebagai bukti parti itu memberi ruang kepada semua pihak berasaskan kekuatan mereka, walaupun ada antara mereka yang tewas dalam pemilihan.
 
"Lapan  orang doktor kelulusan agama, dua  doktor, dua  jurutera,  satu peguam,enam  pensyarah, dua  orang aktivis. Kita boleh lantik lagi enam  ajk pusat, empat ajk harian 14 pesuruhjaya negeri. Jadi bila pihak luar anggap mereka tidak diterima dapat undi tercorot, mereka tetap main peranan dalam parti."
-tvsnews-

Tiada ulasan: