"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sindrom semuanya okay; amaran awal buat pemimpin AMANAH

DR ABDUL LATIFF MOHD IBRAHIM
Barangkali parti-parti politik dalam gaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqbungan Pakatan Harapan tidak menjangka akan memenangi PRU ke-14 pada 9 Mei 2018.

Sebab itulah apabila keputusannya keluar secara amat perlahan sepanjang malam hari sehingga ke awal pagi esoknya, 10 Mei, ia menjadi sesuatu yang mengejutkan kerana skala kemenangan yang dicapai di tempat-tempat yang tidak diduga sebelumnya terutama negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Salah satu “kesan sampingan” kemenangan ini ialah pencarian atau penetapan individu-individu dalam kalangan kepimpinan untuk “masuk ke dalam kerajaan” iaitu memegang beberapa portfolio utama kerajaan sebagai mewakili parti komponen PH tersebut.

Bukan sahaja jawatan menteri diberi perhatian tetapi jawatan-jawatan lain juga bertujuan menyokong kementerian yang bakal menjadi tempat pemimpin berkenaan ditempatkan.

Impak besar buat parti kecil

Hasilnya bagi parti-parti kecil dalam gabungan PH iatu Parti Amanah Negara dan PPBM, boleh dikatakan hampir semua kepimpinan paling atas dan sebahagian daripada peringkat pertengahan akan terpaksa beralih fokus kepada jawatan-jawatan baru di dalam kerajaan.

Ini tidak pula termasuk ramai lagi yang akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai wakil rakyat, iaitu ahli Parlimen dan juga ahli Dewan Undangan Negeri.

Sebahagian daripada mereka juga akan menduduki jawatan Exco kerajaan di peringkat negeri.

Justeru, parti kecil seperti AMANAH agak terkesan dengan perubahan drastik politik negara ini.

Disebabkan AMANAH tidak mungkin mahu tertinggal dari segi menerima tanggungjawab baru untuk sama-sama memimpin kerajaan, terpaksalah pemimpin-pemimpin kanan yang utama dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi memenuhi jawatan Kabinet.

Bagi membantu menteri-menteri baru ini sebilangan besar aktivis dan pemimpin pertengahan selain pembantu di pejabat parti ditarik ke kementerian yang diterajui pemimpin AMANAH.

Kekosongan dalam pejabat parti

Dengan perkembangan ini berlakulah semacam kekosongan dalam pejabat parti, kerana beberapa individu penting organisasi tidak lagi dapat memberi tumpuan kepada kerja politik di pejabat parti.

Bagi sebuah parti baru seperti AMANAH, perkembangan ini bukanlah sesuatu yang positif. Dengan keahlian yang agak terhad, tetapi mempunyai potensi untuk berkembang lebih-lebih lagi selepas kemenangan yang diraih dalam PRU14, ketiadaan aktivis parti yang mencukupi akan membantut usaha melebarkan pengaruh parti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu, terdapat juga isu-isu pemerkasaan dalaman parti yang perlu diberi perhatian.

Namun parti seperti AMANAH “terperangkap” dalam situasi ‘Catch-22’ ini.

AMANAH masih dalam peringkat konsolidasi keahlian dan berusaha menambahnya apabila PRU pun tiba. Cuma, semasa hampir ke tahun 2018, yang merupakan tahun PRU14, persiapan seharusnya sudah dibuat untuk “mengagihkan” pemimpin dan ahli kepada tanggungjawab baru yang mungkin perlu dipikul sekiranya kemenangan berpihak kepada PH.

Hal ehwal parti terabai?

Siapa yang akan dibawa ke dalam kerajaan dan siapa pula akan terus menggerakkan parti ke tahap optimum.

Nampaknya, ini tidak terjadi. Malah selepas PRU14 juga apa yang dikhuatiri memang terjadi apabila hampir semua pemimpin utama dan pemimpin pertengahan parti ditarik ke dalam posisi-posisi utama kerajaan, parti bagai hampir-hampir lumpuh.

Sekadar hidup sahaja tetapi tidak berfungsi pada kadar separuh optimum sekalipun.

Rungutan tentang isu ini sudah pun disuarakan di media sosial. Tetapi nampaknya tiada apa sangat yang berubah.

Dalam keadaan menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan aktivis AMANAH yang berada dalam kerajaan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab baru, pastinya tiada banyak masa untuk urusan-urusan parti pada waktu ini.

Mereka juga berada dalam dilema; sebabnya mereka juga terpaksa belajar menjadi menteri, timbalan menteri dan pegawai sebuah kerajaan, dan perlu belajar selok-belok pentadbiran kerajaan yang agak kompleks.

Dilema kerja parti dan tanggungjawab kerajaaan

Dan mereka juga sudah mula membina dan bergerak dalam persekitaran yang baru. Dalam persekitaran ini, ia lebih menjurus kepada melihat ke dalam, iaitu urusan-urusan dalaman kerajaan, sehingga akan timbul persepsi bahawa kecemerlangan dalam kerja-kerja di kementerian merupakan segala-galanya dan menjadi kayu ukur kejayaan pemimpin dan aktivis.

Walaupun ini tidak salah, tetapi sebagai pemimpin parti tentunya urusan parti juga perlu diletak sebagai kayu ukur sama ada seseorang itu benar-benar cemerlang.

Namun ini adalah hakikatnya. Parti memang bergerak seolah-olah berada dalam mod “auto-pilot”.

Sementara itu, gambaran yang barangkali diberikan ialah keadaan adalah “terkawal”. Terjadi semacam sindrom pada mereka yang berada di dalam satu persekitaran tersendiri yang bersifat lebih dominan daripada persekitaran lain bahawa di luar sana semuanya adalah “okay”.

Terpisah dari realiti

Persepsi ini dibina daripada perspektif posisi baru itu. Hasilnya mereka akan terpisah daripada realiti. Dan menyebabkan parti tidak terurus.

Ia juga melambangkan sedikit sebanyak sistem pengurusan parti itu sendiri.

Hari ini kenyataan di bawah adalah parti-parti kecil dalam PH memang sudah lumpuh dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengerakkan kerja-kerja bagi menangani sambutan masyarakat yang semakin bertambah kepada PH.

Bagi AMANAH, ini lebih merugikan kerana ia bangkit sebagai parti Islam baru yang membawa gagasan “rahmatan lil alamin” yang bersifat progresif dan inklusif.

Sementara menteri-menteri AMANAH berusaha menterjemahkannya dalam kerajaan menerusi jawatan-jawatan mereka, adalah perlu bagi parti sendiri melebarkan gagasan ini secara efektif dalam kalangan masyarakat agar ia menjadi pilihan utama rakyat yang mahu beralih daripada fahaman konservatif-ortodoks kepada Islam yang membawa kepada kemajuan dan keunggulan ummah.
—-
Dr Abdul Latiff, bekas profesor madya, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Budang pengkhususan sosiologi politik.

Tiada ulasan: