"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kenapa Umno tidak simpan duit dalam bank

FMT Reporters

PETALING JAYA: Aliran, sebuah pertubuhan pendesak berpangkalan di Pulau Pinang, mempersoalkan Umno berhubung wang tunai dalam jumlah besar, termasuk wang beratus juta ringgit yang dirampas daripada bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak, yang dikatakan milik parti itu.

P Ramakrishnan dari pertubuhan itu menyoal kenapa wang sedemikian banyak tidak disimpan di dalam bank.

“Apakah Umno tidak yakin bank kita mampu menyimpan wang berkenaan dengan selamat, sekali gus memperoleh faedah daripadanya? Apakah tanggungjawab bendahari parti itu? Adakah beliau memainkan apa-apa peranan?,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Aliran memberi respons terhadap laporan terbaru berhubung wang berjumlah RM3.5 juta yang diambil dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada malam 9 Mei lepas berikutan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum ke-14.

Najib berkata, wang itu adalah untuk tujuan kempen Umno dan disimpan di luar bilik kebal dan peti besi pejabat beliau.

Terdahulu, Najib juga berkata wang tunai berjumlah RM114 juta yang dirampas oleh polis dalam beberapa serbuan ke atas hartanah dikaitkan dengan keluarganya juga merupakan dana parti itu.

Bagaimanapun Aliran mempersoalkan sama ada perlembagaan Umno membenarkan presiden parti menyimpan wang sedemikian.

“Jadi apakah peranan bendahari?,” soalnya. “Biasanya wang sesebuah pertubuhan dikendalikan oleh bendahari, tetapi dalam kes Umno, kita jarang mendengar tentangnya.”

Ramakrishnan menambah, mengikut undang-undang, wang pertubuhan hendaklah disimpan di dalam bank dan dikendalikan oleh pegawai tertentu.

“Bayaran untuk jumlah perbelanjaan yang besar hanya boleh dibuat melalui keputusan Majlis Tertinggi Umno.

“Tidak ada perlembagaan mana-mana parti yang memberikan kuasa mutlak atau budi bicara kepada presidennya menggunakan sedemikian banyak wang untuk apa-apa tujuan dan pada bila-bila masa tanpa perlu bertanggungjwab ke atasnya,” kata Ramakrishnan.

“Tidakkah ahli Umno bertanya tentang amalan ini?,” katanya.

Tiada ulasan: