"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis kesan tiga beranak dilaporkan 'keluar' dari rumah perlindungan pertolongan wanita

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
POLIS giat mengesan wanita dikenali sebagai Nur Aishah bersama anaknya yang keluar dari rumah perlindungan. FOTO ihsan PDRM
POLIS giat mengesan wanita dikenali sebagai Nur Aishah bersama anaknya yang keluar dari rumah perlindungan. FOTO ihsan PDRM
Petaling Jaya: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga beranak yang dilaporkan hilang dari rumah perlindungan pertolongan wanita di Seksyen 20, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, Balai Polis Sea Park menerima laporan berkaitan kes itu pada 5.47 petang, Sabtu lalu.

"Tiga beranak itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah perlindungan pertolongan wanita pada 4.30 petang, pada Jumaat.

"Polis sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Nur Aishah Abd Samad berusia 25 tahun dan anak perempuannya Putri Risha Annur Amsiah Abdul Razzaq berusia lima tahun dan anak lelaki, Putra Raish Irfan Shah berusia tiga tahun," katanya dalam kenyataan hari.

Shahrulnizam berkata, Nur Aishah berketinggian 169 sentimeter, berat 50 kilogram, warna kulit hitam manis, hidung mancung dan mata sepet.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tiga beranak itu boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Inspektor Mohd Safuan Alias di talian 011-10255725 atau 03-78742222 bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: