"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang masjid caj RM1,000 upah solat jenazah

Waris dakwa orang masjid caj RM1,000 upah solat jenazah

SITI NUR ZAWANI

Sebuah keluarga mendakwa pihak masjid di Pendang, Alor Setar mengenakan bayaran sehingga RM1,000 untuk melakukan solat jenazah.

Menerusi sehelai kertas yang tular di media sosial, ia menyenaraikan jumlah pembayaran untuk pengebumian jenazah.

Ia tertulis jumlah keseluruhan kos pengebumian adalah sekitar RM1,940 termasuk keranda RM300, solat hadiah RM120, van jenazah, talkin dan sembahyang jenazah yang dikenakan caj RM1,000.

Susulan tersebarnya kertas tersebut, ia mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) yang akhirnya meminta agar keluarga tersebut tampil bagi menyelesaikan perkara itu.

Menurut Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Ghani@Zulkilfi Zainuddin, setakat ini pejabat agama daerah sudah menerima aduan tersebut dan menjalankan siasatan lanjut termasuk bertemu dengan pihak masjid berkenaan.

“Pejabat agama telah memanggil pihak waris berkenaan dan mereka memaklumkan, Insya-Allah. Saya berharap kedua-dua pihak masjid dan waris dapat menyelesaikan isu ini dengan baik. Mungkin ada salah faham dalam perkara ini.

“Selepas perkara ini tular pada Selasa lepas, pejabat agama daerah menerima aduan dan memulakan siasatan awal dengan memanggil imam masjid berkenaan. Hasil siasatan awal mendapati jumlah sebenar adalah RM1,900 bukan RM3,000 yang ditularkan.

“Pejabat agama juga menasihatkan pihak masjid memanggil semula keluarga berkenaan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya memetik laporan Kosmo! Semalam

Tiada ulasan: