"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki jatuh basikal selepas meragut

KOSMO!
GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki mengayuh basikal di New Delhi. - Foto AFP
NEW DELHI – Seorang lelaki terjatuh ketika dia mengayuh basikal, sejurus selepas meragut telefon bimbit milik seorang gadis, lapor laman berita The Hindustan Times hari ini.

Lelaki berusia 25 tahun itu menjadikan mangsa yang hanya dikenali sebagai Pooja, sebagai sasaran jenayah ragutnya.

Kejadian berlaku dekat satu laluan basikal di Burail, India.

Ketika kejadian, Pooja, 20, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan), Jumaat lalu.

Bagaimanapun, malang tidak berbau kerana peragut tersebut terjatuh dari basikalnya selepas meragut telefon bimbit milik gadis berkenaan.

Pooja kemudian berjaya menangkap peragut itu dan menghubungi polis di talian 112, yang kemudian mencekup lelaki tersebut. – AGENSI   

Tiada ulasan: