"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar cedera jatuh dari tingkat lima, panjat tembok cuba masuk ke rumahnya

BERNAMA

PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima cedera selepas tergelincir dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu berlaku di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11 di sini.

"Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

"Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibunya yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok," katanya.

Asmadi berkata, mangsa yang juga anak seorang pegawai polis dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana berlaku pendarahan di kepala

Beliau berkata, pembedahan akan dijalankan jika mangsa memberi respons yang baik. – BERNAMA

Tiada ulasan: