"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rogol anak kandung: Peneroka Felda yang lumpuh separuh badan dipenjara dan disebat

JOHOR BAHRU: Seorang peneroka Felda yang lumpuh separuh badan dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana didapati bersalah merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun. 

Lelaki berusia 56 dan berkerusi roda itu mengaku bersalah dengan melakukan perbuatan terkutuk itu di kediamannya di Kulaijaya antara 14 Mac hingga 4 April tahun ini. 

Mengikut keterangan saksi, mangsa dirogol beberapa kali di kediamannya sewaktu dia menjaga tertuduh dan dia didakwa di bawah Seksyen 376B Akta Keseksaan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar berkata, tertuduh tidak diwakili oleh peguam bela. 

Hakim, Nu’aman Mahmud Zuhudi kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan yang dilakukan. 

Dalam kehakimannya, Nu’amin menegaskan bahawa tertuduh sepatutnya melindungi anak perempuannya dan bukan mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsunya memandang dia sakit dan perlu banyak berehat. 

Sementara itu, dalam mahkamah berasingan, seorang pegawai statistik yang berusia 33 tahun dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan 13 rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin kerana memiliki dadah terlarang. 

Yusman Joha didapati memiliki 430.50 gram ganja di tempat letak kereta di Jalan Harimau sekitar jam 12.20 pagi pada 28 Mac tahun lalu. 

Terdahulu, tertuduh didakwa terlibat dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya. 

Malah, Yusman turut didapati memiliki dadah jenis metaphetamin dan didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Timbalan Pendakwa raya, Juanita Mohd Said Tberkata, tertuduh tidak diwakili oleh peguam bela. 

Hakim, Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan 13 sebatan atas kesalahan yang dilakukan dan pertuduhan tambahan tiga tahun penjara dan tiga sebatan.

-sinarharian-

Tiada ulasan: