"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Shahrizat menyokong Gay?

Ustaz Saiful Bahri
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengenal pasti dan menghantar 66 pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun untuk mengikuti perkhemahan motivasi selama 4 hari. Perkhemahan tersebut diisi dengan pendidikan agama, motivasi dan juga aktiviti fizikal bagi membimbing mereka ke jalan yang betul dan normal. Kesemua pelajar lelaki yang dihantar tersebut telah dikenal pasti oleh guru-guru mereka sebagai bersifat ala-ala kewanitaan. Lazimnya kita panggil pondan, atau bapok dek kelembutan mereka yang melebihi wanita. 

Ini merupakan satu usaha kementerian pelajaran bagi membetulkan keadaan mereka sebelum segalanya telah terlambat. Mereka dikhuatiri berkesudahan menjadi pondan asli dan menukar jantina atau terjebak dalam aktiviti homoseksual. Bagus tindakan dan usaha Jabatan Pelajaran Terengganu, kita patut sokong usaha tersebut.

Namun pejuang hak asasi kaum Gay di Malaysia mengecam tindakan tersebut dan melabelkan masyarakat Malaysia sebagai homophobia. Para gay mengadu yang mereka tertekan ditindas oleh undang-undang negara yang keras terhadap para pelaku homoseksual. Ini merupakan menganggap jenayah hubungan sesama jenis itu. Mereka menganggap tindakan JPN itu sebagai tindakan pendidik yang menganiaya remaja untuk mengekspresikan kepribadian dan identiti mereka.

Pang Lutut Teik yang mengetuai kempen untuk hak-hak seksual turut sama mengecam dan menggambarkan kem tersebut sebagai keterlaluan.

Yang terlebih malang, Menteri yang dilantik melalui senator yang telah kalah di parlimen Lembah Pantai, selaku Ketua Wanita UMNO yang memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Wanita, Sharizat Abdul Jalil turut sama mengecamnya dengan mengatakan menyisihkan remaja itu berdasarkan perilaku mereka yang dianggap feminin akan menyebabkan trauma dan boleh merosakkan kesehatan jiwa mereka. Kem itu melanggar undang-undang tentang hak anak-anak yang melindungi anak-anak tanpa diskriminasi, katanya.

Mungkin bagi Shahrizat, menjadi gay itu bukannya penyelewengan bahkan digalakkan dan perlu dibela sebagai hak mengikut kehendak HAM (Hak Asasi Manusia). Inilah pemikiran Menteri UMNO yang meletakkan agama dikepala lutut beliau. Beliau sendiri menjadi ketam batu, macamana nak didik rakyat supaya berjalan betul. Sepatutnya beliau memberi sokongan penuh kepada pihak JPN yang berusaha untuk mengekalkan remaja lelaki sebagai lelaki dan mempunyai kelelakian. Apakah kerana beliau menjaga Hal Ehwal Wanita, maka beliau ingin menegakkan lelaki yang bersifat kewanitaan. Kenapa Shahrizat beria-ia sangat menentang JPN Terengganu dan bersekongkol dengan kumpulan Gay di Malaysia ini? Adakah beliau juga sepsis yang sama?

Apakah selama ini tindakan dan perubatan yang telah kerajaan berikan demi menyelamatkan mereka yang semakin ramai kini? Apakah penyelesaian yang dilakukan oleh kerajaan. Adakah permasalahan yang dihadap oleh golongan wanita telah semuanya mendapat pembelaan Shahrizat. Kalau itu pun nelum selesai diharap beliau jangan mencampuri urusan JPN tersebut. Apa-apa langkah yang diambil oleh golongan pendidik demi manfaat anak-bangsa kita hendaklah disokong. Pedulilah sikap Ketua Wanita UMNO… diharap beliau juga boleh memohon untuk turut menghadiri kem tersebut. Bukannya lama 4 hari aje!

Tiada ulasan: