"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bungkusan Antrax Untuk Prof Aziz Bari.

gigipalsu
Prof,
Bebagai manusia berilmu dan pro-Pakatan Rakyat, saya nak tahu secara jujur stand Prof. Adakah Prof ini ahli PAS atau ahli PKR? Atau Prof bukan ahli mana-mana parti tetapi menjadi proksi satu parti komponen Pakatan Rakyat yang mana dilihat Prof sangat menghormatinya. Kalau Prof bukan ahli PAS, adakah sesuai dengan ilmu Prof dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk untuk rumah tangga orang. Bukan salah memberi nasihat. Analoginya, kita boleh nasihat suami yang dilihat tidak perform dalam melaksanakan urusan keluarga dan rumah tangga, namun cerdikkah bagi seorang Prof menasihat si suami itu tarik diri daripada menjadi seorang suami  (dalam kata lain bercerailah daripada isteri).

Kedua, kalau benar Prof mahu lihat PAS kuat, apakah naluri Prof tak mahu lihat PKR kuat? Bukankah ada ‘macam-macam peristiwa’ dalam PKR sampai hampir jadi cacamarba kepimpinan PKR kerana pemilihan yang lalu. Bukan itu sahaja, gegar dan geger isu lompat parti sehingga tumbang kerajaan PR Perak. Lepas itu, banyak lagi pemimpin penting PKR yang lari daripada perjuangan. Apakah ini bukan factor kelemahan dalam parti? Kalau Prof mengaku ini adalah kelemahan kepimpinan, justeru tidak adakah pemimpin yang menjadi liability kepada PKR? Mengapa Prof tidak nasihatkan DS Anwar Ibrahim atau Datin Seri Wan Azizah supaya menarik diri daripada menjadi pemimpin PR dan PKR? Atau mengapa tidak suruh ahli PKR menolak kepimpinan DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah? Tidak ada cacat celakah dua sosok ini? 

Prof, 

Antara yang berpeluang menjadi PM jika ditakdirkan PR dapat memerintah ialah TG Haji Hadi. Kalau tidak pun, beliau akan jadi TPM. Nasib DS Anwar belum tentu. Adakah Prof melihat TGHH menjadi pencabar kepada peluang DS Anwar Ibrahim? Lalu baik awal-awal lagi, kredibiliti TGHH dicantas dengan hujah-hujah kurang mengkal? Maklumlah Prof dipersepsikan sangat suka menjaga hati parti yang suka cantas-mencantas.

Prof,

Mana-mana parti pun akan tolak sendiri pemimpin mereka kalau betul pemimpinnya jadi liabiliti. UMNO tolak Mahathir apabila Mahathir bertukar daripada aset menjadi liabiliti. Tukar Dolah Badawi apabila beliau menjadi liabiliti. Dan sekarang dalam proses menolak Taib Mahmud apabila ternyata beliau telah jadi liabiliti. Itulah trend mana-mana parti pun demi survival parti itu. Mana ada orang luar yang lebih sudu dari kuah dalam menentukan rumahtangga orang? Perbuatan ini dianggap kurang adab = biadab.

Kenapa orang luar ( yang menjadi penyokong PR) pula yang pandai-pandai ajar PAS? Angkat orang ini, hina orang itu? PAS tidak pernah ajar ahli-ahlinya bersikap begitu. Entahlah sekiranya cara itu Prof ajar di bilik-bilik kuliah. Kalau benar TG Haji Hadi jadi liabiliti, dah lama ahli dan perwakilan PAS menolak beliau melalui pemilihan parti. Ni siap menang tanpa bertanding. Prof tak menilaikah hal ini? 

Akhir kata, Prof tentu lebih bijak dalam “do and don’t”. Justeru, saya nasihatkan Prof agar bijak juga dalam menjaga hubungan PAS-PKR. Kepada ahli dan penyokong PAS, jangan kita berpecah-belah dan bermasam muka kerana manusia seorang ini. Kita sokong PAS bukan kerana TG Haji Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz. Kita sokong PAS kerana PAS membawa perjuangan Islam. Juga diharapkan agar DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah dapat menasihati manusia seorang ini.

Tiada ulasan: