"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Komputer riba masa depan

Acer, pembekal komputer nombor satu negara, telah membawakan revolusi terbaru dengan memperkenalkan komputer riba masa depan dengan skrin sentuh berkembar, Acer ICONIA. 

ICONIA mempunyai dua skrin sentuh berukuran 14 inci, yang mana skrin utama berfungsi sebagai skrin sentuh tanpa perlu lagi menggunakan tetikus. Manakala, skrin kedua, boleh digunakan sebagai papan kekunci. 

Acer ICONIA didatangkan dengan pemprosesan Core i5, 4GB DDR3 RAM, Intel grafik dan pemacu keras 750GB dengan Windows 7 Home Premium sebagai sistem operasinya, serta turut menyokong dua USB, HDMI dan VGA.

Komputer riba dua skrin sentuh ini, menawarkan pengalaman sentuhan sebenar menerusi cara baru yang menakjubkan untuk melihat dan berinteraksi dengan video, gambar, laman web juga filem kegemaran dengan pengalaman multimedia, hiburan, komunikasi pada skrin berkembar 14 inci.

Kedua-dua skrin sentuh ini didatangkan dengan keupayaan mengambil gambar definisi tinggi (HD) dengan resolusi 1366x768 dan sentuhan berganda, yang tidak memerlukan pengguna menaip dengan kuat pada skrin sentuh penuh. Selain dari kelebihan menaip, pengguna juga boleh menggunakan dua skrin berkenaan untuk kepuasan melihat helaian demi helaian, serta turut boleh menggunakan dua aplikasi pada masa yang sama. 

Melalui hanya gerakan tangan boleh membuka aplikasi atau laman web serta-merta menerusi gesture editor atau letakkan sahaja kedua-dua telapak tangan pada skrin bahagian bawah untuk mengeluarkan papan kekunci maya dengan QWERTY bersaiz penuh. 

Melalui social Jogger pengguna boleh memeriksa komen dan perkembangan terbaru pada akaun rangkaian sosial rakan-rakan atau menggunakan kedua-dua skrin untuk melihat dengan lebih dekat.

Yang menariknya adalah Acer ring, dengan meletakkan lima jari pada skrin dan membuat pergerakan seperti menggenggam, Acer ring akan muncul serta membuat satu aplikasi dan ciri-ciri mesra pengguna, termasuk aplikasi TouchBrowser, TouchMusic dan TouchVideo yang memberikan pengalaman hanya menerusi pergerakan untuk zum, memutar, menyelak dan skrol.

-sinarharian-

Tiada ulasan: