"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapal peronda, Malaysia beli RM1 bilion, Filipina RM32.7 Juta

Milo Suam
Pada 5 Feb lalu kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM [Utusan].

Gambar kapal peronda yang dimaksudkan boleh dilihat dalam laporan Utusan. Di bawah ini screenshot laporan berita berkenaan. Ini bermakna sebuah kapal peronda TLDM berharga RM1 bilion (RM1000 juta).
Tiga hari lepas pula, kerajaan Filipina seperti yang dilaporkan oleh portal berita berpengaruh negara tersebut, Philstar telah menerima kapal peronda besar kedua yang dibeli dari Amerika untuk kegunaan tentera laut negara itu [Philstar].

Namun begitu harga kapal peronda yang dibeli oleh Filipina ini cuma 450 juta peso (RM32.7 juta) sebiji.
Di bawah ini gambar Kapal Peronda bersaiz besar yang dibeli oleh Filipina dengan harga cuma RM32.7 juta.

Dengan duit peruntukan sebanyak RM6 bilion (RM6000 juta), kalau bagi kepada Filipina mereka boleh beli 183 biji kapal peronda bersaiz besar seperti ini.
Fakta ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah oleh United Malays No Otak memang sangat bijak menguruskan ekonomi seperti yang dicanangkan oleh mereka!

Sudah tentulah kapal peronda Malaysia lebih canggih dari Filipina. Kapal peronda Filipina hanya boleh melakukan rondaan di atas permukaan air, Malaysia pula boleh ronda di udara (agaknyalah).

ReJaM© "Bijak uruskan ekonomi cukong (kroni)"

Kapal peronda, Malaysia beli RM1 bilion, Filipina RM32.7 Juta 

Tiada ulasan: