"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TAMPARAN BAGI UMNO BODOH: Timur Tengah KETAWA Melayu haramkan Kalimah Allah

The National, UAE
TAMPARAN BAGI UMNO BODOH: Timur Tengah KETAWA Melayu haramkan Kalimah AllahSeperti agama-agama lain, sejarah Islam juga kompleks dan telah banyak diperbahaskan. Namun demikian, terdapat beberapa elemen yang tidak pernah dipertikaikan. Paling utama adalah kenyataan bahawa Allah yang disebut dalam Al-Quran adalah sama dengan Allah yang disebut dalam Kitab Injin dan Taurat yang telah wujud sebelumnya.
Misi agama Islam, seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, bukan untuk membawa agama baru, tetapi mengemaskini mesej kepada agama-agama monoteistik yang telah ada sebelumnya.

Oleh itu, adalah amat memeranjatkan apabila akhbar Nasional hari ini melaporkan bahawa mahkamah Malaysia telah memutuskan bahawa akhbar Kristian tidak boleh lagi menggunakan perkataan "Allah" bagi merujuk kepada Tuhan. Mahkamah itu telah membatalkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah, yang memutuskan bahawa "Allah" bukanlah istilah yang eksklusif hanya kepada agama Islam.

Ini menimbulkan masalah kepada kumpulan minoriti di negara ini yang sebahagian besarnya beragama Kristian kerana mereka telah menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan setelah beberapa dekad.

Ia TIDAK pernah eksklusif kepada Islam sahaja

Dalam sebuah negara rakan Islam dengan jumlah penganut agama Kristian dan Hindu yang agak besar , ini adalah keputusan yang salah. UAE begitu bangga dengan masyarakatnya dan membenarkan umat dari seluruh dunia untuk mengamalkan agama mereka secara terbuka tanpa sebarang diskriminasi.

Malah, hak menyeluruh ini sememangnya wujud dalam Islam. Salah satu sebab Islam tersebar dengan begitu meluas adalah kerana sifat Islam itu sendiri: setelah dua abad selepas kedatangan Islam, orang-orang Arab telah memerintah empayar yang luas di mana majoritinya terdiri daripada orang-orang bukan Islam.

Perkataan " Allah" bukanlah eksklusif kepada Islam sahaja - umat Kristian dan Yahudi telah pun menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan sebelum kedatangan Islam lagi.

Ini telah dipraktikkan sehingga ke hari ini. Apabila orang Kristian di Timur Tengah berdoa kepada Tuhan , mereka menggunakan istilah " Allah". Pergilah ke mana-mana gereja di Kaherah , Baghdad dan Beirut pada hari Ahad dan anda akan dengar nama " Allah" disebut. Sama seperti orang Yahudi di tanah Arab, yang telah berabad-abad lamanya berdoa kepada "Allah".

Al-Quran sendiri telah menjelaskan perkara ini, ia dinyatakan dalam surah Al Ankabut , bahawa umat Islam wajib memberitahu Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) bahawa "Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu".

Bukan sahaja salah dari segi teologi malah etimologi: Mampukah UMNO untuk faham?

Keputusan mahkamah di Malaysia bukan sahaja mengabaikan aspek teologi, tetapi juga etimologi perkataan itu sendiri. Perkataan "Allah" berasal daripada bahasa Arab "al-ilah", yang bermaksud tuhan. Ia digunakan di seluruh dunia sehingga sampai ke tanah Melayu daripada bahasa Arab.

Bahasa Arab merupakan bahasa yang paling banyak memainkan peranan dalam penyebaran agama, termasuklah agama Kristian, Yahudi mahupun Islam.

Tuhan kepada tiga agama monoteistik ini adalah tuhan yang sama. Tidak hairanlah jika ketiga-tiga agama di negara berbahasa Arab ini (dan di seluruh pelusuk dunia) merujuk kepada Tuhan sebagai "Allah". Dan jika mereka merujuk kepada Tuhan yang sama, mereka seharusnya berhak memanggil tuhan mereka dengan nama yang sama. [Translation by Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle] 

Tiada ulasan: