"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakcik selalu memancing kat sini ke?

Timmy Say
Di Program High-Tea Ameerah Fan Club semalam, ada seorang “pakcik nelayan” dari Marang menyatakan kegembiraannya yang amat sangat jika orang tidak mengenalinya menegurnya.
“Apa yang buat saya gelak, saya menjala di tepi laut... kanak-kanak tak kenal saya. Apabila memancing, ada pelancong datang tanya, ‘Pakcik, ini selalu memancing kat sini ke? Dapat ikan?’

"Selepas itu, mereka kembali dan bertanya, pakcik ini, presiden PAS ke? Nak ambil gambar,” kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara berseloroh ketika menjawab soalan daripada hadirin yang menghadiri dialog tersebut.

Di dalam program yang dihadiri hampir 200 orang di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam, Abdul Hadi turut ditanya mengenai pemikiran politik beliau serta perkara yang paling diminatinya dan pengalaman manis dan pahit sepanjang terlibat dalam politik.
Bagi Tuan Guru Abdul Hadi, yang lebih senang dipanggil Ayah Chik sepanjang forum itu berkata perkara yang paling penting dalam berpolitik ialah “mesti berilmu dan faham (mengenai ilmu)”.

“Kita mesti berilmu dan faham untuk jadi pemimpin politik. Ilmu ada tapi tak faham tak berguna. Faham tapi tak ada ilmu pun tak boleh juga,” katanya.

Ketika ditanya prinsipnya dalam beramal beliau berkata, segala kerja perlu dilakukan dengan ikhlas.

“Buat semua benda dengan ikhlas. Apabila kita buat untuk orang lain, kena guna hati ikhlas baru dapat puaskan hati orang lain,” ujar beliau.

Bagi Abdul Hadi, pengalaman paling manis di dalam karier politiknya ialah apabila musuh datang memohon maaf padanya.

“Contohnya SB (polis cawangan khas) dan tentera datang minta maaf selepas baca buku saya dan memerhatikan saya sekian lama (atas tanggapan dan tuduhan silap pada beliau),” katanya.

Perkara paling pahit bagi Abdul Hadi pula ialah ketika PAS memerintah kerajaan Terengganu sebelum ini.
“Royalti dirampas. Terengganu tewas kerana pengundi luar dibawa masuk. Undi rakyat Terengganu (pada PAS) meningkat tapi tetap tewas,” ujarnya lagi.

Beliau juga turut diajukan dengan solan "Apakah beliau seorang yang garang"?

“Saya hanya garang pada musuh. Pada anak-anak, ada masa garang ada masa lembut. Tak boleh garang sentiasa dan tak boleh lembut sentiasa,” katanya dengan berseloroh.

Program dialog anjuran Ameerah Fan Club bersama Abdul Hadi semalam dilihat lebih bersifat santai mirip perbincangan anak beranak yang jarang berlaku dalam program lain.

Tuan Guru sepanjang sesi tersebut dilihat sangat ceria dan teruja melayani setiap soalan yang dilontarkan padanya termasuk persoalan berkait peribadi.

Selamat Hari Jadi ke 66 buat Ayah Chik!

Tiada ulasan: