Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Mohd Shamsul Mat Amin - yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu - berhubung kes saman fitnah.
Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu, lapor Berita Harian hari ini.
Peguam kepada Mohd Shamsul, A Vasudevan berkata mahkamah turut memerintahkan Abdul Hadi membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Laporan itu menyebut, Vasudevan berkata Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.
Mohd Shamsul (plaintif) memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Abdul Hadi (defenden) di Kampung Tebakang, Alor Limbat pada pilihan raya umum itu.
Mohd Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekaligus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.
Dalam laporan harian itu juga, plaintif menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, tetapi dalam surat balasnya, ahli parlimen Marang itu menafikan pernah mengaitkan plaIntif dengan kegiatan penagihan pil kuda.
Dalam penyataan tuntutan, Mohd Shamsul mendakwa fitnah Hadi menyebabkan beliau berdepan dengan tekanan emosi dan mental berpanjangan serta menerima cemuhan, penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.
Katanya, Abdul Hadi membuat tuduhan itu sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon PAS di tempat yang ditandingi calon PKR, sehingga berlaku pertindihan calon pembangkang.
..........
Kenapa isu menjadi rumit sedangkan pengakuan bervideo berkenaan pil kuda mungkin telah di"BELI". Lagi pun tak ada nama disebut dalam kes ini. Siapa yang menjadi poenasihat TGHH dalam kes ini yang dilihat sangat 'lembab'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan