"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar dua beradik maut disembelih pembantu rumah


Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam ini.

Pembantu rumah tersebut kemudian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-ka nak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.

“Ketika nenek dua beradik itu itu pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang (semalam) keadaan rumah agak sunyi.

"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia 18 bulan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, pembantu rumah mereka pula dilihat berlumuran darah dan berada berhampiran kanak-kanak itu.

Terkejut dengan situasi itu, nenek mangsa mencari seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun sebelum menemui mangsa dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

"Nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berka ta, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pu kul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi menjalankan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis men jumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.

“Kemudian seorang mayat ka nak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.

Tiada ulasan: