"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelampau Bhudha Myanmar terus mengganas.. (Gambar)

Tranungkite
Etnik Rohingya merupakan komuniti Islam terbesar di Myanmar. Sebahagian besar mereka tinggal di bahagian utara negeri Rakhine di Barat Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh.

Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganegara Myanmar kerana etnik ini dikatakan dibawa masuk oleh penjajah British pada abad ke-19. Perlembagaan baharu yang digubal pada 1974 dan Akta Imigresen 1974 telah menafikan hak orang Rohingya sebagai warganegara dan mereka telah dilabel sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Hanya etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.
Namun, Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 lebih kejam apabila melucutkan terus kerakyatan etnik Rohingya apabila menyatakan etnik itu tidak pernah wujud di Myanmar. Dengan status tidak ada kerakyatan, etnik Rohingya dinafikan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk perubatan, pendidikan dan menerima sekatan ekonomi.

SELEPAS perlembagaan baharu digubal pada 1974, tentera Myanmar melancarkan operasi Nagamin atau Raja Naga bagi mengambil tindakan terhadap “orang asing” yang dikatakan menyusup masuk negara itu secara haram.
Kempen ketenteraan itu menyebabkan pembunuhan, rogol, pemusnahan masjid secara penindasan agama secara besar-besaran ke atas etnik Rohingya di Rakhine. Mengikut laporan, lebih 250,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh pada 1978 bagi menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mereka dipaksa pulang semula ke tempat asal di Myanmar berikutan perjanjian dua hala antara kerajaan Bangladesh dan junta Myanmar 16 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut, lebih 10,000 orang mati disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit.

Pada 1991, lebih 250,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan menjadi mangsa pemerdagangan manusia di negara-negara Asia Tenggara. Mereka melarikan diri kerana dipaksa menjadi buruh tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di tapak projek infrastruktur dan ekonomi. Selain itu, berlaku kes pembunuhan, penyeksaan dan kes rogol.

Pada Julai 2012, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penghapusan etnik Rohingya yang berlaku di Rakhine. Etnik beragama Islam Rohingya disembelih, dibakar hidup-hidup, wanitanya dirogol manakala masjid, rumah dan gedung perniagaan mereka dibakar oleh pasukan keselamatan Myanmar dan pelampau Buddha.

Mengikut laporan, sehingga hari ini penghapusan etnik masih berlaku di Rakhine. Tindakan melampaui batas kemanusiaan oleh tentera Myanmar dan pelampau Buddha ini menyebabkan orang Rohingya melarikan diri mencari perlindungan di negara-negara jiran sehingga berlakunya krisis imigran.

Baru-baru ini, sebanyak 12,000 etnik Phatan yang beragama Islam di wilayah Meiktilla, Myanmar turut menjadi mangsa kekejaman pelampau agama Buddha. Bukan setakat masjid, sekolah dan gedung perniagaan mereka dibakar, mereka juga menerima pelbagai ancaman sehingga terpaksa menyembunyikan identiti agama bagi mengelak menerima ancaman. Umpamanya, wanita terpaksa membuka tudung dan bendera yang mencerminkan Islam diturunkan dari rumah dan digantikan dengan bendera berkaitan agama Buddha.

Diskriminasi yang dihadapi oleh umat Islam Myanmar tidak menerima pembelaan dalam negara itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana sentimen anti-Muslim dikatakan mewakili pandangan majoriti rakyat Myanmar.

Yang menghairan di mana PBB?
Mana pula perginya OIC?
Kenapa pengganas ini tidak dipaparkan dimedia antarabangsa? "

Tiada ulasan: