"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ziarah Turki, PMnya Erbakan, Dato Bandar Istanbulnya Erdogan

Tranungkite

Saya kongsi sedikit pengalaman pada tahun 1997 ketika menziarahi Turki: (Gambar: Erbakan dan Erdogan)

Selepas melintasi Syria, bas yang dinaiki memasuki sempadan Turki. Antara tempat pertama yang ditempuhi ialah Antakiyyah, bandar kecil yang diceritakan Allah dalam surah Yaasin ceritanya iaitu kisah Habib anNajjar, lelaki yang beriman kepada 3 orang rasul yang diutus ke kampungnya tetapi didustakan oleh penduduk kampung tersebut. Maqam Habib anNajjar berada di bahagian bawah masjidnya. Sepanjang perjalanan ke Istanbul, pemandangan di kiri kanan jalan cukup indah. Mukabumi Turki cukup menarik. Bukit-bukau, lembah, pelbagai rupa mukabumi menghiasi Turki.

Di sekitar Istanbul, banyak tempat menarik untuk dilawati. Muzium Topkapi yang asalnya sebuah masjid (?) amat menarik. Demikian juga Masjid Ayu Sofea dan lain-lain tempat.
Ketika tiba di Muzium Topkapi, kelihatan ramai pegawai keselamatan. Saya menyangka ada sesuatu yang berlaku. Tekaan itu benar. Tiba-tiba beberapa buah kereta hitam mewah berhenti di bahagian tepi jalan berhampiran. Lelaki-lelaki tegap bercermin mata gelap muncul dari dalam kereta dan segera mengelilingi beberapa orang yang kelihatannya seperti orang kenamaan. Rupa-rupanya PM Turki ketika itu, Prof Najmudin Erbakan mempunyai satu program yang dibuat di Muzium Topkapi.

Dari tepi sebuah pentas, pasukan gendang perang Kesultanan Uthmaniyyah memainkan gendangnya. Ia mengangkat semangat. Alunannya cukup hebat. Selesai gendang, Dato’ bandar Istanbul ketika itu, Racip Tayyib Erdogan (kini PM Turki) menyampaikan ucapan. Di hadapan pentas, Erbakan dan beberapa orang besar dari negara-negara umat Islam duduk mendengar. Rupanya ada forum ekonomi di situ. Bendera Malaysia juga kelihatan tapi saya tak dapat cam wakilnya kerana jarak agak jauh.

Di sebuah masjid di Istanbul, diceritakan bahawa seorang raja negara Eropah (Itali, Perancis?) menghadiahkan sebuah bongkah batu untuk dibuat dinding masjid. Masjid itu dibina oleh pekerja-pekerja yang sentiasa berwuduk. Pada malamnya, raja di Turki di zaman tersebut bermimpi bahawa di dalam batu itu ada salib. Esoknya, raja memerintahkan batu itu dipecahkan. Benar, di dalamnya ada salib.

Di sebuah masjid di tengah Istanbul juga, seorang bilal tanpa sistem suara, mengumandangkan azan dari arah belakang masjid. Suaranya bergema ke seluruh pelosok masjid, naik ke atas bumbung masjid dengan gema yang sangat mengagumkan tanpa gangguan gema. Tidak seperti kebanyakan masjid di Malaysia atau rekabentuk moden, sistem suara canggih tetapi sentiasa ada gangguan gema.

Di tengah Istanbul, Masjid Biru dengan 6 tiang menara. Kisah disebaliknya ialah kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka Konstantinopel. ‘Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera’ AllahuAkbar! Tidak dapat dibayangkan kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh ini, tetapi bila merenung dari jauh masjid tersergam indah itu, terbayang juga kehebatan seorang pejuang dengan bala tenteranya.

Selat Bhosporus pula menjadi selat di tengah Turki yang menjadi sempadan di antara benua Asia dan Eropah. Di tengah bandar Istanbul, masyarakatnya kelihatan seperti masyarakat Eropah. Bandarnya bersih. Rombongan kami juga ditemani Dr Irfan, salah seorang yang terlibat dengan gerakan Islam di Turki. Beliau memberitahu, apabila Parti Refah menang di Turki, antara yang dibuat oleh Dato bandar Istanbul (Erdogan) ialah menurunkan kadar cukai ke atas premis. Hasilnya ialah kadar harga makanan mampu diturunkan oleh restoran di premis tertentu.

Ketika singgah di sebuah kedai di tengah Istanbul, saya menghulurkan lira Turki. Gambar Kamal ataTurk terpampang pada liranya. Perempuan tanpa tudung penjaga kedai melihat saya yang berkopiah dan berjambang. Beliau tiba-tiba mencium duit lira Turki khususnya pada gambar Kamal ataTurk. Apa maknanya? WallahuA’lam! Sebagai pelancong luar, saya tidak memberikan apa-apa respon. Tetapi apa yang dibuat barangkali punya maksud tertentu.

Tiada ulasan: