"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Nik Abduh dikecam gara-gara suruh hadam 'politik matang sejahtera'

ARIF ATAN
Sikap Pas hari ini banyak dilihat menyimpang daripada prinsip budaya politik matang dan sejahtera yang diuar uarkannya
Sikap Pas hari ini banyak dilihat menyimpang daripada prinsip budaya politik matang dan sejahtera yang diuar uarkannya

"Hadamkan". Itu status ringkas di Facebook milik Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pagi ini diikuti #PemudaPAS, #BertekadMelebarMuafakat dan #Istiqamah.

Turut disertakan poster tentang tujuh ciri budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang sebelum ini memang diuar-uarkan menjadi prinsip Pas dengan 'dikepalai' wajah tiga pemimpin tinggi parti tersebut.

Wajah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang dilantik sejak Oktober tahun lalu berada di tengah-tengah dan 'diapit' wajah Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar komentar pengguna media sosial itu dilihat lebih mengecam dan menyindir pendirian Pas hanya dalam tempoh sejam status tersebut dimuat naik.

Antaranya, Baihaqi Al-hakim yang menggesa Pas supaya menggunakan kedudukan parti itu yang kelihatan disenangi parti pemerintah untuk 'memujuk' Umno mengurangkan hiburan dalam siaran televisyen.

"Bagi pendedahan dalam jiwa rakyat tentang Islam. Tolong hadam ye. Iman tak dapat dijual beli. Iman bukan dari seorng ayah. Iman tak boleh nak diwarisi. RUU 355 hudud BPMS. Apa lagi Pas nak buat?" bidasnya.

Sementara itu, Ahmad Samad menganggap pendirian Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang mengenai hubungan dengan Umno-BN pada masa ini jauh berbeza dengan dahulu.

"Dulu Hadi kata hudud tu 0.0001 peratus sahaja dalam syariah Islam. Sekarang dah lain. Dulu Hadi kata bersekongkol dengan pemerintah yang membenarkan judi dan arak adalah haram kerana itu kerajaan syaitan. Sekarang dah lain," tegasnya.

Mengulas ciri 'Utamakan Rakyat' dalam senarai ciri keempat BPMS dalam poster tersebut, pengguna Facebook, Ad Irwan menganggap "tu ke laut" manakala Nazrul Naz menulis, "Utamakan rakyat apa, berkecuali dalam pembentangan budget (Bajet 2017)"

Untuk rekod, 11 ahli parlimen Pas mengambil keputusan untuk berkecuali dalam undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 pada 7 November tahun lalu manakala Abdul Hadi dan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli tidak hadir.

Satu-satunya ahli parlimen Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mewakili Pokok Sena mengundi menentang belanjawan itu bersama 69 anggota Dewan Rakyat lain.

Lagi sindiran 'berkecuali' dengan mengaitkan kekerapan Abdul Hadi tidak hadir di Parlimen sebelum ini apabila pengguna Facebook, Joe Cape Coral meninggalkan komentar, "Tak boleh TANGGUH ke? Lagipun gua (saya) rasa macam nak BERKECUALI! Sebab gua memang kuat MEMONTENG!" katanya sinis.

Ciri kedua BPMS iaitu 'amar makruf dan nahi mungkar' juga menjadi bahan kecaman netizen.

"Amar makruf nahi mungkar? Kemungkaran Umno tu jangan dok buat senyap plop (pula)," tulis Wan Azhar manakala Mohammad Fariz dengan nada perli berkata, "Harus wala (taat setia) sewala-walanya kepada Presideng."

Pada masa sama, terdapat juga reaksi balas daripada penyokong tegar Pas tetapi dengan penggunaan bahasa kesat selain mendakwa ahli Pakatan Harapan sedikit walaupun menonjol menyerang Pas di media sosial.

"Setan je yang tak suka 7 ciri ni ustaz (Nik Abduh)," marah Hanan Gen manakala Zulhabri Che Hussin berkata, "Jangan layan geng PH (Pakatan Harapan) ni, bunyi kuat, ahli ciput (sedikit)...lol."

Tiada ulasan: