"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita cedera terjun bangunan 3 tingkat (Gambar)


Labuan – Seorang wanita cedera ringan selepas bertindak terjun dari bangunan kedai tiga tingkat kira-kira 12.46 tengah hari tadi di Utama Jaya di sini.

Wanita berusia 20-an itu dipercayai warga Filipina dan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini.

Polis, bomba dan orang ramai yang melalui kawasan itu berjaya menyelamatkan wanita terbabit dengan merentangkan kain kanvas di bawah bangunan sebelum wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Amin berkata beliau dan rakan-rakannya memegang kanvas tersebut bagi menyelamatkan wanita yang dipercayai mengalami tekanan.

“Sekurang-kurangnya 10 hingga 11 orang daripada kami termasuk anggota polis dan bomba memegang kanvas itu dan berharap agar wanita terbabit tidak jatuh ke tanah,” katanya.

Menurut polis, punca kejadian masih disiasat.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: