"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


BBC Sudah Tahu Awal Plot Bunuh Kim Jong-nam?


SEOUL: Perbadanan Penyiaran British (BBC) seakan-akan sudah dapat ‘hidu’ awal berita kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari, menurut akhbar berpengaruh Korea Selatan, The Korea Times.

Harian berbahasa Inggeris itu melaporkan stesen penyiaran antarabangsa berpusat di London, England tersebut secara kebetulan melancarkan perkhidmatan siaran radio terbaharunya dalam bahasa Korea pada awal bulan ini.

BBC yang memang selama ini ada pejabat Biro Seoul untuk siaran antarabangsa dalam bahasa Inggeris menerusi satu kenyataan media pernah memaklumkan bahawa stesen itu memerlukan ramai wartawan bertugas di lapangan.

Rancangan perluasan siaran di Semenanjung Korea sebenarnya telah diumumkan pihak pentadbiran BBC World Service awal November pada tahun lalu bahkan sasaran liputan memang sengaja difokuskan kepada Korea Utara.

“Petugas BBC di Seoul perlu bersedia melaporkan sebarang peristiwa yang berlaku di Semenanjung Korea terutama sekali Korea Utara, selain apa sahaja berita mengenai masyarakat Korea di negara-negara jiran dan seluruh dunia.

“Pemohon yang berminat juga mesti memiliki pengalaman pernah bertugas dalam mana-mana agensi penyiaran sama ada Korea Utara atau Selatan khususnya melibatkan liputan hal ehwal semasa,” jelas kenyataan BBC tersebut.

Tindakan BBC agak janggal seolah-olah dapat mengesan akan berlaku satu insiden besar melibatkan Korea Utara apatah lagi stesen tertua di dunia itu dibiayai sepenuhnya pejabat Hal Ehwal Luar Britain menerusi piagam diraja.

Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas diserang oleh dua wanita Asia tenggara semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dalam penerbangan ke Macau, China.

Perkhidmatan khas BBC dalam bahasa Korea dipancarkan menerusi gelombang pendek untuk mudah menembusi ruang udara Korea Utara yang memang disekat oleh pihak tentera rejim Pyongyang daripada liputan siaran asing.

Agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap melaporkan bahawa rakyat Korea Utara dapat mengikuti siaran radio tersebut yang dipancarkan terus sama ada daripada stesen wilayah BBC berpusat di Thailand, Singapura atau Oman.

Program dalam bahasa Korea merupakan antara siaran 11 bahasa yang diwujudkan oleh BBC selain Telegu, Punjabi dan Nigeria, bermula sepanjang tahun ini dengan nilai pelaburan 289 juta pound sterling (kira-kira RM1.6 bilion).

Peruntukan terbesar dalam sejarah operasi luar negara BBC itu turut meliputi perkhidmatan berita atas talian dan rancangan mewujudkan siaran khas bahasa Korea pernah dibangkitkan dalam sidang Parlimen Britain sejak 2013.

Siaran BBC World Service yang mula beroperasi sejak 1932 kini dapat didengar menerusi 27 bahasa asing antaranya Arab, Burma, Indonesia, Nepal, Parsi, Perancis Afrika, Portugis Brazil, Rusia, Somalia, Tamil, Turki dan Vietnam.

Perkhidmatan antarabangsa radio BBC itu turut dipancarkan 24 jam setiap hari sama ada melalui gelombang AM, FM dan DAB yang meliputi sejumlah 320 juta pendengar di seluruh dunia terutama sekali di benua Afrika dan Asia.

Rakyat Korea Utara diharamkan mendengar siaran radio dan televisyen asing terutama dari jirannya, Korea Selatan kerana bimbang terpengaruh dengan propaganda pihak luar yang berkepentingan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tiada ulasan: