"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Adakah Kudeta Selangor gagal kerana Adun PAS tidak wala' iikuti analisa MSO

Gagalnya "Projek Habiburahman" terima kasih Mat Taib
Sidang media yang tidak gembirakan Najib.
Wong masih bingung mengenai sidang ahkbar Najib Razak yang hanya mengumumkan kemasukan semula bekas ahli Umno Muhammad Mohd Taib (Mat Taib) ke dalam parti itu tanpa ada episod sampingan yang lebih dramatik. Wong musykil dan pelik kenapa kalau hanya itu tujuan Najib, tanpa ada perkara lain lebih menggemparkan.

Kemasukan semula Mat Taib ke dalam parti asalnya yang telah menjadikan dia sebagai MB tidak begitu anih apabila kita memahami fiil dan perangai orang politik. Pengembalian itu laksana perantau tua yang kesesatan jalan dan menemui jalannya semula setelah ditunjuki oleh sang penjaga rimba, Pok Kel.

Saya sendiri sudah membuat ulasan dan perkiraan kenapa kalau Mat Taib menjilat semula ludahnya, apa yang dikatakan kepada Umno sejak dia meninggal parti itu selama lima tahun lalu. Dari tilikan saya tindakan itu kerana beliau kecewa apabila tidak mendapat layanan sewajar dalam parti disertainya, Pas dan akhir sekali PKR.

Dalam Pas dia mendapat tempat dilantik jadi penolong ketua penerangan, sementara di dalam PKR dia tidak pun diberikan apa-apa peranan hatta menjadi budak suruhan sedangkan dia diundang khasnya untuk menyertai parti tersebut. Permainan politik Azmin Ali membuatkan dia kecewa.

Penyertaanya dalam Pas bukan mengejar kedudukan dan pangkat. Mat Taib tidak mahu bertanding dalam pilihan raya. Mengikut katanya dalam Piraum ke-13 Pas menawarkan kerusi untuknya, tetapi dia tidak mahu. Dia hanya mahu bersama Pas untuk merampas Putrajaya.

Tetapi apabila beliau menyertai PKR, beliau tidak diberi apa-apa peranan, walhal dia diminta menyertai PKR. Kerana kelalaian itu maka beliau meninggalkan PKR. Kalau itu alasannya logik, tetapi kalau hanya kerana itu dipentaskan demikian rupa agak pelik pula.

Tetapi kenapa dia menyertai semula Umno. Menjilat segala air ludah dan kahaknya. Ini yang memelikkan sedikit. Menurutnya kerana dia hendak perjuangkan Melayu kerana PKR tidak memperjuangkan Melayu. Ada logiknya sebab PKR sebuah parti liberal, multi racial tidak seperti Umno. Tetapi kalau benar dia obses kepada perjuangan Melayu kenapa dia tidak kekal bersama Pas yang dilihat lebih Melayu daripada Umno waktu ini.

Beliau keluar Pas alasannya kerana tidak senang dengan perkembangan dalam Pas. Perpecahan dalam Pas adalah faktor penariknya. Beliau tidak senang dengan cara Pas mahu mengekalkan sikap konservetif memperjuangkan agama secara sempit kemudian langsung menyingkirkan 18 orang profesionalnya.

Mencari justifikasi.

Saya mencari dan terus mencari justifikasi sidang akhbar Najib itu. Bukan sahaja saya, orang lain juga bersetuju kalau setakat hendak umum kemasukan Mat Taib ke dalam Umno, tidak perlu ia digarap begitu rupa. Gimiknya besar sekali, sampai TPM Ahmad Zahid Hamidi memendekkan lawatan ke Perlis. Semua ahli MT dipanggil. Itu bermakna ada perkara besar yang hendak diumumkan.

Apakah benar yang sidang akhbar itu penting dan bakal membawa kesan "wau" yang hebat?

Berbagai spekulasi timbul disebalik sidang akhbar itu. Dalam banyak-banyak itu yang menarik kononnya sidang akhbar itu sebagai perletakan batu asas yang realistik bagi Najib dan UBN menyusun pelan hendak merampas kerajaan Selangor di luar pilihan raya. Ada yang membayangkan episod yang pernah berlaku di Perak 2004 dahulu hendak diulangi di Selangor. Kononnya ada lapan (8) Adun yang akan meninggalkan parti untuk bersama (menyokong) Umno. Adun itu ditunding sebagai daripada PKR?

Hal ini riuh dalam media sosial selepas sidang akhbar itu. Sebelum ini tidak ada apa-apa cerita pun mengenai spekulasi itu, walaupun gambaran kemungkinan itu sudah ada. Ia senyap tupas. Ia seperti diolah dan dipacu demikian rupa baiknya. Saya sendiri kurang percaya kalau ada lapan (8) Adun PKR akan belut. Tetapi sekiranya ada lapan (8) Adun menyokong Umno kerajaan pimpinan Azmin Ali mungkin boleh tumbang atau menjadikan Azmin menjadi "gila ganja" selepas ini.

Menurut formula atau teori untuk menumbangkan kerajaan Selangor itu, lapan (8) Adun PKR akan keluar parti untuk bergabung atau menyokong Umno. Kalau hanya lapan (8) Adun itu sahaja, dicampur dengan Adun Umno seramai 12 orang ia tidak mencukupi. Jumlah baharu 20, di mana ia memerlukan sebanyak sembilan (9) lagi untuk mendapat majoriti mudah, 29 kerusi. Kalau pun dua (2) Adun bebas menyertai gabungan itu, ia masih lagi kurang lima (5) untuk mendapat 2/3 yaitu sebanyak 36 kerusi. Jadi formula itu memerlukan sebanyak sembilan (9) kerusi lagi.

Dari manakah yang selebih itu, sembilan (9) kerusi itu. Tidak mungkin ia datang daripada DAP dan Amanah. Mereka sudah mengunci diri. Lebih-lebih lagi dua Adun Amanah "katak mampus raja hambat" pun mereka akan istiqamah. Mereka sudah pun menunjukkan kekentalan prinsip mereka sebelum ini menyelamatkan kerajaan Selangor dari terus dipanggungi Khalid Ibrahim. Jadi yang ada hanya daripada Pas. Parti agama itu ada 13 orang Adun apabila dua Adunnya telah berhijrah ke Amanah.

Sebab itu ada formula diwar-warkan kerajaan Selangor akan jatuh atau hendak dijatuhkan dengan kombinasi Adun Umno, PAS dan lapan dari PKR itu. Ertinya di sini, sasaran dalam pelan merampas Selangor itu adalah daripada Pas juga. Malahan memandangkan Pas merupakan parti terbesar memiliki 13 Adun Pas berbanding dengan PKR dan Umno parti itu boleh diletakkan sebagai ketua dalam rampasan itu. Dalam kata lain Pas diberi laluan untuk mengetuai kerajaan rampasan itu dengan melantik Adunnya atau orang yang disenanginya menjadi MB. Bukankah sebelum ini Pas mengidamkan orang luar dari partinya untuk diangkat menjadi MB?
Shazni Munir
Jika ini berlaku Umno tentu sahaja bersetuju. Umno mengikut dari belakang pun tidak mengapa, janji Azmin tumbang dan kerajaan Pakatan Harapan hancur. Itu matlamatnya. Apakah permainan yang sedang berada di sebalik tabir ini. Bahawa Pas ada terlibat dalam "kudeta" yang tertangguh ini seperti mana kata Naib Ketua Pemuda Amanah sdr Shazni Munir Mohd Ithnin?

Dari hipotesis yang saya temui, ada cula-cula menunjukkan hal ini diatur demikian rapi. Seperti kata Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Mohd Roslan Mohd Shahir dia tidak tahu menahu game ini, adanya rancangan untuk rampas kuasa di Selangor melibatkan Adun Pas. Katanya kalau ada tentu dia akan mengetahuinya. Mungkin benar.

Dan kalau pun dia tahu, masakan dia ingin memberi tahu kerana game berkenaan gagal. Sesiapa pun tidak akan bertanggungjawab atas sesuatu perkara yang gagal yang memberi natijah buruk kepada reputasinya.

Lagipun kalau game ini wujud ia diperingkat paling atas di kalangan individu yang mempunyai mukjizat politik. Orang bawahan tidak mengetahui, kerja orang-orang tua tidak dapat diduga oleh bebudak.

Dari rentetan dan senario itu tidak boleh ditolak, rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor itu kemungkinan melibatkan Adun Pas. Hubungan atau persefahaman ditunjukkan pemimpin tertinggi Pas dengan pemimpin Umno meletakkan perkara ini tidak mustahil. Atau dalam konotasi lain, Adun Pas mahu diheret sama kerana tanpa Adun Pas matlamat itu tidak akan tercapai. Mungkin kebanyakan pemimpin tidak mengetahuinya, ertinya ia tidak diambil konsensus seperti kata Roslan, tetapi ia melibatkan beberapa pemimpin tertentu sahaja.

Boleh jadi ada individu yang cuba mengatur perkara ini. Apakah individu yang bertanggungjawab merancang rampasan kuasa di Perak dahulu terlibat? Ada kemungkinan apabila dilihat modus operandinya hampir sama sahaja. Namun kenapa starteginya kali ini gagal, mungkin kerana ia sudah dicerapi dan diawasi sedemikian oleh PKR, DAP, Amanah dan juga Pas sendiri. Ia dapat dihidu awal-awal. Tidak mustahil juga pelan ini dipecah sendiri oleh orang dalam Umno? Kita jangan mudah bersangka baik dengan orang politik.

Azmin jadi kucing kejatuhan anak.

Episod dramatik di sebalik pengumuman Mat Taib itu adalah suatu kebenaran ia kemungkinan ini benar apabila Azmin Ali katanya kurang 73 jam sebelum sidang akhbar Najib telah menghubungi Adun-Adun di Selangor khasnya daripada Pas. Beliau katanya menghubungi tiap orang daripada mereka. Azmin jadi seperti kucing kejatuhan anak.

Tidak dapat disahkan apakah butir bicara Azmin dengan setiap Adun itu, tetapi ia jelas untuk mengetahui kedudukan Adun-Adun berkenaan. Setidak-tidak Azmin mahu tahu apakah Adun-Adun itu boleh dihubungi atau pun tidak? Kerana kalau Adun-Adun gagal dihubungi maka ia jelas sudah dikurungi oleh "mafia politik" seperti mana berlaku kepada dua Adun PKR di Perak dahulu. Mereka dikurung dan dikawal disebuah apartment di Kuala Lumpur sebelum diistyharkan keluar daripada PKR.

Untuk apa Azmin bersusah payah menghubungi Adun-Adun PKR dan Pas di Selangor kalau tidak ada sesuatu yang mencemaskan dirinya?

Tiada siapa tahu betapa cemas dan gelisahnya Azmin menghadapi situasi itu. Hanya di antara dia dengan Adun-Adun berkenaan sahaja yang tahu ceritanya. Boleh jadi juga Adun-Adun berkenaan tidak pun mengetahui perancangan untuk "kudeta" itu, mereka akan diarah kemudian dengan menggunakan perintah wala, tetapi pemimpin utama parti Adun-Adun mungkin tahu. Kerana kalau tidak mendapat restu daripada pemimpin tertingginya, tidak mungkin Mr Mafia itu sedia mengaturkan rancangan sehingga sampai ke pengetahuan presiden Umno. Jika kedudukan belum sampai ke tahap 100% tidak mungkin Najib dibabitkan.

Atas dasar itu saya yakin perancangan itu sudah sampai ke peringkat pucuk pimpinan parti Adun-Adun yang hendak diheret itu.

Kenapa gagal?

Kenapa tidak jadi dan gagal? Ini persoalannya. Apakah kerana tindakan segera dan pantas Azmin itu atau pun ada bantahan di peringkat akhir menyelamatkan keadaan? Apabila kita melihat kepada persiapan mengadakan sidang akhbar itu menjelaskan ia seperti sudah pun siap seratus peratus. Dan kenapa ia dibatalkan, dan hanya tinggal Muhammad Taib sahaja, ertinya ia dibatal pada peringkat akhir tanpa diduga.

Dalam hal ini saya mempunyai firasat kegagalan sidang akhbar itu ialah mungkin kerana ada bantahan diperingkat akhir, khasnya dari pihak dalam Pas di Selangor khasnya. Ini sahaja yang mungkin berlaku. Kerana jika tidak ada bantahan, sidang akhbar itu akan berlangsung dengan jaya seperti dirancangkan.

Apakah berlaku konflik dalam parti (Pas) mengenai hal ini? Sesiapa pun tidak dapat menafikan. Manakala penafian daripada sesetengah Adun Pas mengenai apa yang dituduh itu tidak menjawab persoalan sebenarnya. Tindakan Azmin bertindak segera menghubungi wakil-wakil rakyat Pas itu tetap akan menjadi tanda tanya besar, kenapa, kenapa dan mengapa?

Kebetulan kini viral pula kononnya berlaku keributan di Rusila mengenai kunjungan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Abdul Hadi Awang yang suasananya tidak menyenangkan. Apakah kunjungan Tuan Ibrahim ke Rusila itu ada kena mengena dengan sidang akhbar yang gagal itu? Walahu'alam.

Dari satu segi mengenai peristiwa 17 September itu, pengumuman pengembalian Mat Taib ke dalam tempurung Umno (meminjam istilah Dr Mahathir) itu bagi saya suatu rahmat untuk semua. Setidak-tidaknya dengan pengumuman beliau itu memberi maklumat kepada kita mengenai ada hidden agenda di sebaliknya. Sekiranya Mat Taib tidak bertindak demikian mungkin agenda berkenaan masih hidup serta terus mengacau tidur Azmin.

Terima kasih kepada Mat Taib kerana mengagalkan projek apa yang saya namakan sebagai "Projek Habiburahman".[wm.kl.5:57 pm 19/09/17]

Tiada ulasan: