"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bocor siasatan tragedi tahfiz, 13 polis disoal

Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan daripada 13 anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Rusdi Md Isa berkata keterangan mereka diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kebocoran maklumat kes berkenaan,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Pada Sabtu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan 7 remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz itu.

Enam daripada mereka positif dadah dan kesemuanya direman selama 7 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, fakta kes dan maklumat mengenai penahanan suspek serta beberapa gambar suspek tular di media sosial sebelum sidang media itu diadakan kira-kira 8 malam.

Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan 2 guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu, terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi itu.

Tiada ulasan: