"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi sangkal Azmin

Rafizi sangkal Azmin, kritik isu jawatan tinggi Kabinet ialah pendirian PKR
FMT Reporters 
PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata belum ada keputusan muktamad tentang jawatan tinggi Kabinet kerana parti mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim disertakan dalam perbincangan, jawapan yang menunjukkan pertentangan pendapat terbuka naib presiden PKR itu dengan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

Rafizi di Twitter menyangkal kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang berkata kenyataan oleh Rafizi kelmarin adalah kenyataan peribadi.

“Kenyataan yang saya keluarkan itu kenyataan pendirian PKR, bukan kenyataan peribadi. Oleh kerana saya satu-satunya pimpinan kanan yang tidak akan menyertai kerajaan, lalu tiada percanggahan kepentingan, sebab itu ia dikeluarkan oleh saya.”

Tentang perbincangan berkenaan portfolio Kabinet, beliau berkata Dr Mahathir bertemu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng.

“Tiada persetujuan dan perbincangan sepatutnya bersambung Sabtu. PKR minta perbincangan turut melibatkan Anwar – dia ketua umum Pakatan Harapan dan PKR.

“Sedang pimpinan PKR menunggu di Hospital Rehabilisasi Cheras, ketika itu pengumuman dibuat walaupun tanpa penyertaan pimpinan PKR.

“Selepas itu baru Lim Guan Eng dan Dr Mahathir datang bertemu Anwar.”

Beliau berkata persoalan membawa isu ini dalam mesyuarat tidak timbul kerana mesyuarat yang sepatutnya melibatkan Anwar tidak berlaku, dan pelantikan dibuat tanpa penglibatan PKR.

Rafizi turut mencemuh laporan Sinchew Daily mengatakan bantahannya terhadpa pelantikan itu kerana dia mahu menjadi menteri kewangan. Rafizi berkata dia akan menyaman media itu.

Beliau berkata dia sudah menyatakan yang dia tidak akan terima sebarang jawatan kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14, sejak 2 tahun lalu apabila beliau menubuhkan firma kaji selidik, Invoke Malaysia.

Rafizi berkata dia dikritik kerana kenyataannya tentang pelantikan Kabinet tetapi menggesa orang ramai supaya jangan lupa bila tiada yang berani menegur, mereka akan kembali ke “zaman Barisan Nasional”.

“Kalau semasa BN dulu, bila Dr Mahathir menimbulkan isu di luar, cara penyokong BN menghentam beliau ialah dengan suruh bawa isu ikut saluran.

“Kini ayat yg sama dibawa penyokong-penyokong kerajaan PH.”

Beliau berkata ramai mahukan kerajana baru tetapi tidak bebas dari minda tahap lama semasa dari era BN.

“Sebab itu saya ulang berkali-kali dalam semua ceramah: saya tidak bimbang PH akan menang. Saya bimbang bila menang itu tidak membebaskan minda rakyat.”

Kelmarin, Dr Mahathir menamakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan.

Tiada ulasan: