"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebih 10 kereta polis, Black Maria di luar rumah Najib

Lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria dilihat di luar rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Malaysiakini difahamkan sepasukan anggota polis kini berada di dalam rumah Najib. Media dihalang menghampiri rumah berkenaan.

Dipercayai antara pegawai polis yang hadir adalah daripada jabatan jenayah komersial persekutuan.

Kira-kira 11 malam, seorang individu yang mendakwa sebagai peguam Najib dilihat memasuki rumah itu tapi beliau enggan memperkenalkan diri.

Kira-kira 20 minit kemudian, setiausaha akhbar bekas perdana menteri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad turut tiba.
-malaysiakini

Tiada ulasan: