"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!!! Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib

Polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur hari ini, yang didiami anggota keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjadi dokumen sensitif yang dibimbangi kerajaan akan dibawa keluar dari negara, kata dua pegawai polis kanan.

Serbuan itu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah menghalang Najib keluar daripada negara kerana dakwaan salah laku berhubung skandal 1MDB.

Polis berkata mereka bertindak selepas satu laporan mengatakan kenderaan kerajaan membawa berdozen kotak berisi beg tangan berjenama dan berangan lain ke apartmen itu untuk diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Orang ramai jengkel dengan dakwaan korupsi itu yang dilihat sebagai antara sebab kekalahan mengejut Barisan Nasional pada pilihan raya umum Rabu lalu.

Najib berulangkali menafikan sebarang salah laku.

Jurucakap Najib tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen. Reuters juga tidak dapat menghubungi Najib, isterinya, atau anggota keluarga lain dan rakan terdekat.

Reuters melihat kira-kira 20 anggota polis memasuki lobi apartment Pavilion Residences di ibu kota Malaysia itu, pada masa sama Mahathir mengadakan sidang media pengumuman anggota kabinetnya.

Mereka dibantu sekurang-kurangnya 12 lagi anggota penguatkuasa tidak beruniform. Anggota keselamatan bangunan itu - yang dimiliki Desmond Lim, seorang ahli perniagaan kaya dan penyokong Najib - memberi kerjasama dengan baik.

"Kami mencari dokumen kerajaan yang mungkin diambil secara tidak sah," kata seorang anggota polis kanan yang enggan dinamakan kerana beliau tiada autoriti untuk bercakap dengan media.


------------------------

Cubaan pindah beg tangan Birkin, laporan polis dibuat
WARTAWAN SINAR HARIAN


Cubaan pindah beg tangan Birkin, laporan polis dibuat
Ben bersama Bendahari Pemuda Bersatu, Rafiq Hakim Razali selepas membuat laporan polis. - Foto FB Ben Ali
KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat mengenai pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa milik isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Memetik laporan Mstar, Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ben Ali berkata, pihaknya menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan dari sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL.

Berdasarkan gambar laporan polis yang tular, setiap satu tas tangan tersebut dianggarkan bernilai RM200,000 ke atas.

"Setiap kotak tas tangan tertera label nama si pemberi kepada penerima (hadiah pemberian). Dipercayai penerima adalah Rosmah.

"Oleh kerana Najib dan Rosmah terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku Exco Pemuda PPBM Nasional ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut," ujar Ben dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.

Ben ketika dihubungi mStar Online, mengesahkan membuat laporan polis tersebut dibuat pada awal pagi Sabtu.

Menurut Ben, selain tas tangan yang mencurigakan, van yang membawa tas tangan tersebut menimbulkan kecurigaan apabial ia tertera Jabatan Perdana Menteri dan Jata Negara Malaysia.

"Jika benar van itu milik JPM, maka ini adalah salah guna kuasa, di mana Rosmah menggunakan aset milik kerajaan tanpa kebenaran dan untuk kegunaan peribadi.

"Pihak polis juga menasihatkan agar hal ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan.

Tiada ulasan: