"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM: AG diarah cuti serta-merta, mungkin dihalang ke luar negara

Kow Gah Chie
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.

Selain itu, Apandi juga mungkin dihalang daripada meninggalkan negara ini.

Kedudukan AG ini sukar sikit, dia baru diberi kontrak baru, kita perlu ikut undang-undang.

“Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya.

“Kita masih ada solicitor general yang boleh jalan tugas AG,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya petang ini.

Ditanya sama ada Mohamed Apandi kini disiasat, Dr Mahathir berkata setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi dibuat terhadap peguam negara itu, meskipun terdapat pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Apabila siasatan dijalankan, pada masa itu tindakan boleh diambil untuk gantung AG atau pun tindakan-tindakan lain termasuk sekatan ke luar negara,” katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: